Stesen Keretapi Klasik Kerambit, Kuala Lipis, Pahang


Terletak di pekan Kerambit, iaitu jalan antara Kuala Lipis ke Jerantut, Daerah Kuala Lipis, Pahang.

Stesen ini adalah antara stesen klasik KTMB yang masih lagi beroperasi kerana bangunan stesen adalah bangunan asal yang digunakan sejak dahulu. Laluan rel keretapi telah dinaiktaraf dan sistem automasi landasan juga telah dinaiktaraf. Tetapi suasana klasik di stesen ini masih lagi dapat dirasakan.

Hanya Ekspress Timuran yang lalu dan berhenti di stesen ini sejak tahun 2016. Tiada lagi Tren lain yang melalui laluan ini kecuali jika ada hal-hal lain yang perlu.

Apabila banjir besar melanda pada akhir tahun 2014 hingga awal tahun 2015. Laluan KTMB Pantai Timur tergendala hampir setahun dan dibaikpulih secara berperingkat. Namun apabila beroperasi semula, tiada lagi Tren henti-henti yang melalui stesen ini kerana pihak KTMB telah menamatkan operasi Tren Gua Musang – Kuala Lipis - Gemas. Malah, Tren Ekspress yang paling terkenal iaitu Ekspress Wau juga sudah ditamatkan.

Stesen KTMB Kerambit bernasib baik kerana Ekspres Timuran masih berhenti disini. Jika tidak, sudah pasti ia akan mati sepertimana stesen jirannya iaitu Stesen Mela. Banyak stesen-stesen kecil atau hentian di laluan Kuala Lipis ke Gemas sudah mati seperti Mela, Mengkuang dan Mengkarak.

Sila lihat Galeri-Galeri di bawah untuk memahami struktur klasik stesen ini.

.

Papan Tanda Klasik Stesen KTMB Kerambit

.

 

Pekan kecil Kerambit hanya terletak di sebelah sana sahaja.
.


Arah laluan sana menuju ke Mela dan Jerantut.
.


Arah laluan ke sana menuju ke Kuala Lipis
.


Suasana klasik di stesen ini masih lagi dapat dirasakan.

.

 

Laluan rel ini telah dinaiktaraf dan menggunakan konkrit
.


.


.


Sistem Automasi landasan telah dinaiktaraf dan terdapat menara pemancar di sana.

Maklumat Lain
-Tiada stesen minyak terdapat berdekatan dengan lokasi ini. Minyak botol masih boleh dibeli di kedai runcit.
-Kampung Kerambit masih seperti pekan koboi. Anda boleh singgah sekadar untuk lepak-lepak minum.


Comments

Popular Post

Air Terjun Sungai Pertak, Kuala Kubu Baharu, Selangor

Jeram Tengkek, batu Kikir, Kuala Pilah

Mendaki Gunung Kinabalu (Laban Rata ke Puncak) - Bahagian 3