Hutan Lipur Lentang, Lebuhraya Karak, Bentong, Pahang.
Laluan Lebuhraya Karak (Bentong - Kuala Lumpur) melalui kawasan bukit bukau dan hutan belantara yang kelihatan sudah banyak diteroka. Semestinya terdapat banyak lokasi menarik seperti Hutan Lipur dan Air Terjun di laluan ini walaupun mungkin tidak seindah dahulu.
Hutan Lipur Lentang merupakan salah satu Taman Eko Rimba yang mengandungi sungai dan Air Terjun. Ianya terletak di antara Bukit Tinggi dan Tol Bentong di Lebuhraya Karak. Jika anda dari Kuala Lumpur dan melepasi Tol Gombak, anda akan jumpa Hutan Lipur Lentang selepas susur keluar Bukit Tinggi. Lokasi Hutan Lipur Lentang adalah di kawasan Hentian Rehat Lentang (sebelah menghala ke Gombak). Hutan Lipur ini boleh diakses melalui kedua-dua arah tetapi jika anda dari arah Kuala Lumpur, anda perlu melalui satu terowong untuk melintasi lebuhraya.
Harga bayaran yang dikenakan. |
Bayaran masuk ke Hutan Lipur adalah RM 3 dan kenderaan boleh masuk ke dalam. Hutan Lipur ini tidak begitu luas tetapi ia memanjang ke dalam sehingga lebih 1 KM. Sungai Benus mengalir di hutan lipur ini dan terdapat beberapa air terjun kecil.
Daya tarikan utama di sini semestinya sungai dan air terjun untuk bermandi manda dan berkhelah. Terdapat juga Denai Hutan dan Laluan untuk beriadah.
Terdapat beberapa Jambatan Gantung untuk merentasi sungai di kawasan ini tetapi hanya dua buah sahaja yang dalam keadaan baik. Terdapat dua lagi Jambatan Gantung yang sudah rosak.
Jika anda berjalan masuk ke dalam hutan menyusuri air terjun, terdapat trek laluan hutan dan kawasan perkhemahan sepanjang lebih 1 KM tetapi terlalu jauh ke dalam mungkin tidak sesuai untuk berkhelah.
Selain dari bermandi manda, aktiviti merentas denai hutan juga boleh dilakukan di sini dan laluannya agak mudah untuk disusuri. Cuma laluan itu sudah usang dan lama tidak digunakan. Mungkin agak semak.
Kemudahan Yang Disediakan
Kemudahan yang terdapat di hutan lipur ini memang lengkap.
- Parking Kenderaan (ada banyak lokasi parking samada berdekatan pintu masuk sehingga ke hujung jalan), Tandas, Kedai Makan, Dewan Terbuka, Pejabat, Surau, dan lain-lain. Namun begitu, tidak semua kemudahan ini dapat digunakan kerana ada yang sudah usang dan mungkin rosak.
-Terdapat trek laluan denai hutan yang boleh dilalui di hutan lipur ini tetapi didapati ianya terlalu semak. Mungkin sudah tidak digunakan lagi untuk jangkamasa yang penjang.
-Semestinya hutan lipur ini sudah berusia, maka banyak kemudahan lama yang sudah rosak dan perlu diperbaiki atau dinaiktaraf. Tetapi, ianya melibatkan kos yang tinggi. Mungkin membaikpulih kemudahan lama ini sesuai jika ia masih dalam keadaan baik.
.
.
Hutan Lipur ini memanjang ke dalam. Jika dahulu, kawasannya hanya berdekatan pintu masuk sahaja. |
Kawasan Parking Kedua jika anda masuk ke dalam sedikit. |
Jeram untuk mandi tidak jauh dari Kawasan Parking Kedua dan Kedai Makan. |
.
Kawasan Kedai Makan. Hanya sebuah sahaja kedai buka kerana kekurangan pengunjung. |
.
Jambatan Gantung Baru. Jauh sedikit dari pintu masuk utama tadi. |
.
Kawasan Tambahan di Seberang Sungai
Melintasi Jambatan Gantung akan membawa anda ke seberang sungai. Ada kawasan perkhelahan. |
.
Papan Tanda ini kurang jelas. Ia menunjukkan Laluan Denai disini sepanjang 1.5 KM. Tetapi laluan tersebut sudah usang dan agak semak. |
.
Di seberang sungai juga terdapat beberapa kemudahan lain yang sudah lama wujud. |
.
Pondok Rehat yang dibangunlah oleh Syarikat Korporat ini juga sudah usang. |
.
Trek untuk berjalan-jalan (seberang sungai) juga kelihatan sudah lama tidak dilalui. |
.
Dataran Serbanika terletak di seberang sungai untuk aktiviti motivasi. Namun kelihatan sudah lama tidak digunakan kerana PKP. |
.
Jika anda ingin tahu, pagar ini adalah pintu masuk Hutan Lipur ini suatu ketika dahulu sebelum dinaiktaraf seperti sekarang. |
.
Kawasan Parking dan Jalan Hutan Lipur ini suatu ketika dahulu. |
.
Melalui Laluan Denai Ringkas.
Kembali ke seberang Jambatan Gantung tadi, ada Laluan Denai untuk aktiviti merentas hutan yang ringkas. |
.
Tangga batu permulaan laluan ini masih kukuh lagi. |
.
Laluan ini kelihatan sudah lama tidak dilalui. Agak semak juga. |
.
Sebahagian besar trek adalah bersebelahan dengan sungai. |
.
Kira-kira 300 meter berjalan, anda akan jumpa Jambatan Gantung yang sudah rosak ini. |
.
Lebih selamat melintasi Jambatan melalui sungai sahaja. |
.
Lokasi Hutan Lipur Bahagian Dalam
Tidak pasti kawasan ini untuk mandi manda atau tadahan air. |
.
Jambatan di bahagian hujung Hutan Lipur yang memanjang ini. |
.
Terdapat laluan Trek ke hutan atau denai tadi?. Mungkin ada lokasi merentas hutan yang lebih panjang. |
.
.
Taman Herba di hujung Hutan Lipur ini kelihatan agak usang. |
.
Papan Tanda ini menunjukkan ada banyak lagi kemudahan disini. |
.
Kawasan Perkhelahan/Perkhemahan di Hutan Lipur ini sangat luas ke dalam. |
.
Saya nak bertanya kepada tuan blogger, adakah gambar2 ini diambil pada tarikh en/cik post artikel ini ya? Saya teringin untuk mengunjungi hutan lipur lentang kalau melencong ke arah sana :)
ReplyDeleteGambar2 ini diambil pada akhir tahun 2020. Rasanya tak banyak perubahan dari segi keadaan lokasi.
Deletesekarang dh dibuka semula ke tuan?
ReplyDeleteRecently I went to this place Feb2024. And there is announcement saying "temporary closed". And there is Malay aunty who sitting near the pondok Toilet outside, saying it's closed about 2 years. No updated when it's Re-open again. So to whom interest to visit this place, please avoid and find other better waterfall to enjoy your holidays.
ReplyDeleteberbeza 18 thun lampau..kawasan msih boleh digunakan, byk org datang, perlu dibaiki dn dinaiktaraf, sbb air terjun dri atas mmg bersh hingga ke bawah..skrg sedih..
ReplyDelete