Gunung Ulu Kali, Sempadan Bentong-Hulu Selangor, Pahang

Ramai yang tertanya dimanakan terletaknya Gunung Ulu Kali? Bunyinya seperti macam berdekatan dengan Batang Kali, Selangor. Berapakah ketinggiannya dan bagaimana untuk mendaki gunung tersebut?

Benar, memang tidak jauh dari Batang Kali kerana ianya terletak di Genting Highland, Pahang dan sebenarnya berada di sempadan Selangor iaitu daerah Hulu Selangor dan sempadan Pahang (daerah Bentong).

Oleh itu, tidak perlu mendaki gunung ini kerana anda boleh menggunakan jalan raya ke sini dan kedudukan puncak gunung ini boleh dikatakan dalam kawasan Genting Highland. Tetapi di manakah lokasinya?

Gunung Ulu Kali puncaknya tidak boleh dimasuki kerana sudah diambil alih oleh pihak Telekom Malaysia untuk pembinaan Menara Pencawang dan Pemancar Television. Apa yang boleh anda lihat adalah menara dan kawasan bukit dari jauh. Lokasi puncak gunung Ulu Kali adalah berdekatan dengan jalan ke Bukit Cincin.
 
Sekiranya Genting Highland tidak wujud atau tidak dibangunkan, lokasi ini akan dikenali sebagai Gunung Ulu Kali. Sepertimana Gunung Rajah yang terletak di sebelah sana, Gunung Ulu Kali akan dimasukkan ke dalam senarai gunung untuk didaki.
 
Ketinggian Gunung Ulu Kali adalah sekitar 1600 ke 1700 meter dari paras laut. Tetapi puncak-puncak Hotel di Genting Highland semestinya lebih tinggi kerana dibina lebih daripada 30 tingkat.

Jika anda ingin mendaki Gunung Ulu Kali, cukuplah dengan datang ke Genting Highland dan berhenti di kawasan belakang Hotel Highland (dulu Hotel Maxim) dimana pemandangan indah bandar Kuala Lumpur dapat dilihat di kawasan ini. Sila lihat Galeri-Galeri di bawah.
 
 
Dari puncak Gunung Ulu Kali, pemandangan adalah sama jika anda berada di Hotel-hotel di Genting Highland. Nampak bandar Kuala Lumpur.

 
Menara Pencawang Telekomunikasi Telekom di depan sana adalah puncak Gunung Ulu Kali. Bukit Cincin terletak ke hadapan lagi.
 
 
  

Comments

Popular Post

Air Terjun Sungai Pertak, Kuala Kubu Baharu, Selangor

Jeram Tengkek, batu Kikir, Kuala Pilah

Mendaki Gunung Kinabalu (Laban Rata ke Puncak) - Bahagian 3