Bukit Fraser, Raub, Pahang.
Berdasarkan fakta sejarah, Bukit Fraser dahulu merupakan lokasi perlombongan bijih timah. Selepas bekalan bijih timah habis, ianya ditukar menjadi lokasi pelancongan tanah tinggi dingin yang berkonsepkan Inggeris.
Bukit Fraser yang juga dikenali sebagai 'The Little England' adalah lokasi pelancongan terkenal di Malaysia yang berkonsepkan keindahan alam semulajadi. Terletak berdekatan sempadan daerah Raub, Pahang dan daerah Hulu Selangor di Selangor tetapi Bukit Fraser lebih berada di kawasan daerah Raub.
Pembinaan Bukit Fraser bukanlah sesuatu yang mudah satu ketika dahulu kerana bentuk muka buminya yang berbukit bukau dan bergunung ganang. Tambahan pula ketinggian lokasi Bukit Fraser yang berada pada paras 1300 hingga 1600 meter dari aras laut. Walaupun tidak setinggi Cameron Higland dan Genting Highland, Bukit Fraser masih boleh dianggap berada pada kawasan tanah tinggi di Malaysia.
Pada ketinggian lebih 1300 meter dari aras laut, hutan hujan yang terdapat di sini merupakan hutan gunung yang banyak ditumbuhi pohoh-pohon rendang berlumut atau dikenali juga sebagai Mossy Forest. Ini memberikan satu pemandangan atau suasana yang menarik.
Disebabkan berada pada ketinggian purata 1450 meter dari aras laut, ini memberikan suasana dingin di sini kerana suhu akan turun lebih kurang 12 Darjah Celcius berbanding suhu di
bawah. Oleh itu, suhu di sini berada pada sekitar 18 hingga 25 Darjah Celcuis.
Di Bukit Fraser, terdapat banyak Rumah Peranginan, Chalet dan Resort milik kerajaan, syarikat korporat dan persendirian. Ianya bertujuan sebagi lokasi penginapan apabila bercuti dan melaksanakan aktiviti motivasi berkonsepkan pelancongan.
Kebanyakan bangunan-bangunan di sini memang dibina berkonsepkan Inggeris kerana yang meneroka dan membuka kawasan ini juga adalah orang Inggeris. Anda boleh lihat dua bangunan utama iaitu Balai Polis dan Pejabat Pos apabila tiba di Bulatan Bukit Fraser yang berusia lebih 100 tahun. Binaan kedua-dua bangunan ini agak unik dan menarik kerana berkonsepkan Inggeris klasik. Oleh sebab itu, hampir semua Hotel, Resort dan Banglow yang terdapat disini masih dibina berkonsepkan Inggeris walaupun ada yang dibina selepas Malaysia sudah Merdeka.
Bagi peminat-peminat burung, Bukit Fraser juga merupakan lokasi persinggahan burung dan terdapat juga banyak spesis burung liar di sini.
Walaupun bukanlah bertemakan kawasan makanan atau syurga makanan. Di Bukit Fraser masih terdapat banyak medan-medan selera yang boleh anda kunjungi. Terdapat medan selera dan kedai-kedai makan berkonsepkan makanan tempatan dan barat. Jika anda menginap di Hotel atau Resort, ia adalah berdasarkan menu yang disediakan oleh premis tersebut.
Bukanlah syurga membeli belah, Bukit Fraser masih terdapat banyak kedai-kedai menjual cenderahati dan pakain khas yang masih menarik dan berkualiti.
Jika anda peminat aktiviti pekhemahan tetapi tidak mahu berada dalam hutan, terdapat juga kawasan-kawasan berkhemah di Bukit Fraser untuk peminat aktiviti perkhemahan dan kemudahan asas turut disediakan. Jika anda mahu berkhemah di dalam hutan, anda boleh meneroka denai hutan yang sesuai dan panjang seperti Pine Tree Trail yang sangat popular. Tetapi pastikan kumpulan anda sudah berpengalaman dalam aktiviti tersebut.
Terdapat juga kebun-kebun bunga dan kebun buah-buahan di sini selain taman-taman bunga yang indah. Kebun buah Strawbery kecil turut terdapat di sini.
Walaupun masih berada di kawasan tanah tinggi, masih terdapat air terjun di sini cuma anda perlu turun sekitar 500 meter altitud ke bawah. Air Terjun Jeriau terletak lebih 4 KM dari persimpangan di Bukit Fraser dan anda perlu menuruni jalan bengkang bengkok dan curam untuk ke lokasi tersebut. Walaubagaimanapun, penah lelah itu berbaloi kerana Air Terjun Jeriau adalah menarik untuk dikunjungi biarpun saiznya serderhana.
Padang Golf juga terdapat di sini untuk peminat sukan premium tersebut. Lokasi Resort dan Padang Golf terletak selepas bulatan utama dan merupakan laluan untuk keluar.
Salah satu perkara menarik yang mesti dilakukan di sekitar Bukit Fraser adalah merentas hutan atau Jungle Trekking. Ini kerana di sini terdapat lebih daripada 8 denai hutan yang perlu diteroka. Jangan risau kerana bukan semua denai hutan ini panjang kerana terdapat juga denai yang mudah untuk diteroka. Denai yang paling panjang adalah Pine Tree Trail yang memerlukan masa dan kekuatan untuk melaksanakan aktiviti merentas hutan.
Jika anda mahu Junggle Trekking yang mudah, pilih laluan yang singkat seperti Suradi dan Hemmant Trail yang terletak tidak jauh dari Masjid.
Pemandangan indah semestinya tarikan di sini kerana selain dapat melihat keindahan alam semulajadi hutan hujan tropika tanah tinggi, pengunjung akan dapat melihat pemandangan dari kawasan tanah tinggi. Pengunjung turut dapat menikmati keindahan flora dan fauna seperti burung dan pokok bunga yang terdapat di sini.
Penerokaan Hutan atau Pembangunan tambahan di Bukit Fraser. Boleh dikatakan, kawasan pelancongan Bukit Fraser masih dipelihara daripada pembangunan pesat. Ini kerana, jika dibandingkan 10 hingga 20 tahun yang lalu, tidak banyak pembangunan atau penerokaan tanah di sini. Keadaan ini mungkin lebih baik kerana bertujuan untuk memulihara keindahan alam semulajadi di Bukit Fraser. Jika lebih banyak kawasan di buka untuk membina kondomonium, pusat membelibelah, taman perumahan, kawasan pertanian dan sebagainya, sudah pasti lanskap Bukit Fraser akan berubah dengan jalan perlu dibesarkan, hutan perlu dimusnakan dan lain-lain. Namun, tidak pastilah pada masa akan datang pastinya ia terpaksa dilakukan kerana populasi manusia yang semakin bertambah.
Kemudahan dan Maklumat Lain:
-Tiada Stesen minyak di Bukit Fraser tetapi minyak dalam botol banyak dijual di kedai runcit atau gerai persendirian. Sebaiknya, anda perlu memastikan minyak kenderaan mencukupi sebelum ke sini.
-Bukit Fraser turut menjadi lokasi permulaan untuk mendaki Gunung Semangkuk yang melalui Pine Tree Trail.
Sila lihat Galeri-Galeri di bawah:
Sebelum sampai ke simpang Bukit Fraser, anda akan melalui Rumah Rehat Gap. |
Di hadapan sana adalah simpang ke Bukit Fraser (Simpang Gap) |
Jalan Sehala 8 KM ke Bukit Fraser |
Gambaran Panorama |
Sejarah tentang Jalan Gap ini |
.
Selepas 8 KM anda memulas stering kereta, sampailah ke Pos ini. |
Simpang pertama di Bukit Fraser. Terus untuk ke Pekan dan masuk kanan untuk kawasan tertentu sahaja. |
.
Papan Tanda Tourism Malaysia yang sudah lama wujud. |
.
Mungkin masih boleh dibaca walaupun agak kurang jelas tulisannya. |
.
Pejabat Pos dan Balai Polis terletak berdekatan dengan Bulatan Pertama Bukit Fraser. |
.
.
Bangunan Cottage. |
.
Laluan-Laluan Denai yang terdapat di Bukit Fraser. |
Spesis burung yang biasa terdapat di Bukit Fraser. |
.
Laluan Denai Abu Suradi terletak di hadapan Masjid. |
.
Masjid di Bukit Fraser. Masuk terhad di kala Pandemik Covid. |
.
Bulatan Kedua di Bukit Fraser adalah titik tengah yang menghubungkan segala lokasi dan daya tarikan yang terdapat disini |
.
Dari Bulatan Kedua ini juga, anda boleh melihat semua Papan Tanda yang diletakkan sebagai panduan perjalanan anda. |
.
Banglow TM yang terletak berdekatan Pine Tree Trail |
.
Pine Tree Trail adalah Denai Hutan terpanjang di sini. Tetapi ditutup ketika PKPB. |
.
Denai Hutan Rompin terletak dalam perjalanan ke Air Terjun Jeriau. Laluan ini pendek sahaja. |
.
Air Terjun Jeriau terletak lebih 4.5 KM dari Medan Selera/Masjid Bukit Fraser. Tapi sekarang ditutup kerana PKPB. |
.
Air Terjun ini bersaiz sederhana dan menarik untuk berkhelah dan bermandi manda. |
.
Hemmant Trail juga terletak tidak jauh dari Masjid dan Cottage. |
.
Restoran Ayna di Bukit Fraser berdekatan dengan Bulatan Kedua. |
.
.
Jalan keluar ke Bukit Fraser untuk ke Jalan Utama Kuala Kubu Baharu - Raub. |
Comments
Post a Comment