Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, Kuala Gandah, Lanchang, Pahang
Pusat Konservasi Gajah ini terletak jauh ke dalam Kampung Sungai Enggang dan bersebelahan dengan sebuah perkampungan orang asli. Ianya memang bersebelahan dengan Hutan Simpan Klau, Lanchang, Temerloh, Pahang.
Tetapi, Pusat ini ditutup kepada orang ramai sejak 6 Oktober 2020 kerana risiko wabak Covid-19. Oleh itu, tiada maklumat lanjut yang boleh disampaikan di sini. Mungkin pada masa akan datang ia akan dibuka semula walaupun tidak dapat dipastikan bila.
Pintu Masuk Utama Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan. |
Papan Tanda/Notis Kecil menerangkan Pusat ini ditutup kerana wabak Covid-19. |
Apapun, berdasarkan pengalaman yang lalu, kawasan Pusat Konservasi ini memang luas dan terdapat lebih 30 ekor Gajah yang menginap di lokasi ini. Ianya bersambung dengan Hutan Simpan Krau yang akan menjadi lokasi Gajah berkeliaran. Terdapat juga sungai (Sungai Teris) dan kolam di pusat ini.
Tiada bayaran masuk dikenakan untuk pengunjung tetapi menderma adalah digalakkan. Kemudahan yang terdapat di Pusat Konservasi Gajah ini juga lengkap dan sangat sesuai untuk dilawati oleh semua pelancong tempatan atau asing. Maklumat lanjut akan diberikan nanti apabila ia dibuka semula.
Antara aktiviti menarik yang boleh dilakukan di Pusat Konservasi ini semestinya anda dapat melihat, mengenali dan membaca maklumat berkaitan Gajah Malaya. Selain itu, anda berpeluang memberi mereka makan buah-buahan seperti Tebu dan Pisang. Sebelum ini, pengunjung turut berpeluang menaiki Gajah dan memasuki kolam mandi mereka tetapi sejak Covid-19 melanda, tidak pasti adakah aktiviti tersebut dibenarkan.
Maklumat lain. Tidak terdapat Stesen Minyak dalam lokasi kurang 5 KM dari sini. Stesen minyak hanya terdapat di Jalan Utama dan anda harus keluar ke sana. Kedai-kedai makanan yang besar juga tidak terdapat di lokasi ini. Anda mesti keluar ke kawasan kampung kira-kira 4 KM dari sini untuk menjamu selera.
Lokasi Menarik Berdekatan.
Terdapat beberapa daya tarikan berhampiran Pusat Konservasi Gajah ini iaitu Kuala Gandah Rainforest Park. Namun ketika lawatan, ia juga ditutup.
Antara aktiviti yang ditawarkan ialah anda boleh Menunggang Kuda, ATV, Jungle Trekking dan melaksanakan Sukan Ekstrem seperti Flying Fox, Wall Climbing dan Sukan Air.
Kawasan Rekriasi ini juga ada menawarkan aktiviti yang menarik. |
Kuala Gandah Rainforest Park, tidak jauh dari Pusat Konservasi Gajah tadi. |
Terdapat juga Gerai Makanan di sini tetapi ketika ini ditutup. |
Simpang sebelum anda sampai ke Pusat Konservasi Gajah (kira-kira 3 KM). Sebelah kanan akan ke DeerLand dan Kuarters PERHILITAN. |
Selain itu, Deer Land atau Mini Zoo juga terletak tidak jauh dari lokasi ini. Terdapat juga Hutan Kajian PERHILITAN berdekatan dengan Deer Land tadi. Maklumat Lanjut akan menyusul.
Comments
Post a Comment