Kolam Air Panas (Bentong HotSpring), Jalan Lama Bentong – Bukit Tinggi, Pahang.

Lokasi Kolam Air Panas ini agak terasing juga dari kesibukan.


Kolam mandi air panas yang terdapat di sini merupakan daya tarikan utama pengunjung. Terdapat dua kolam utama untuk bermandi-manda. Ada yang cetek dan ada bahagian yang dalam sedikit. Airnya juga tidaklah terlalu panas untuk mandi. Tiada bayaran masuk dikenakan kecuali jika masuk ke Tandas.

Lokasi tempat ini adalah di tepi Jalan Lama antara Bentong ke Bukit Tinggi iaitu kira-kira 10 KM selepas simpang belok ke Lebuhraya. Anda boleh mengakses lokasi ini samaada dari Bentong atau Bukit Tinggi dengan melalui Jalan Lama.

Kemudahan yang ringkas terdapat di sini termasuklah Tandas, Parking Kenderaan, Pondok Rehat dan Kedai Makan (seberang jalan). Kemudahan-kemudahan lain seperti Tapak Perkhelahan, Surau dan Taman Permainan tidak kelihatan kerana kawasan ini kecil sahaja. Namun begitu, kemudahan yang lengkap terdapat di Resort/Hotel yang terletak bersebelahan.

Terletak di kawasan ini juga adalah sebuah Resort yang dikenali sebagai Erya By Suria Hotspring Bentong berstatus tiga bintang. Kelihatannya Resort tersebut menawarkan banyak kemudahan dan penginapan yang menarik. Terdapat Kolam Mandi tambahan di kawasan Resort Erya By Suria tetapi mungkin untuk pelanggan Resort sahaja.

Terdapat juga beberapa kedai makan di seberang jalan yang menjual Nasik Lemak, Air Bancuh dan Kueh Mueh. Anda boleh singgah di kedai ini untuk menikmati juadah ringan kerana tidak banyak kedai makan di lokasi ini.

Sungai Benus (belakang kedai makan) mengalir tidak jauh dari Jalan Lama dan memisahkan dengan Lebuhraya Karak – Kuala Lumpur. Terdapat sisa runtuhan Jambatan Gantung yang anda masih boleh lihat tiangnya. Kawasan sungai ini juga merupakan tempat memancing yang sesuai.

Selain itu, laluan Jalan Lama Bentong ke Bukit Tinggi/Genting Sempah kini semakin menjadi pilihan untuk aktiviti berbasikal. Laluan sepanjang lebih 30 KM agak kurang dilalui oleh kenderaan dan memang sesuai untuk berbasikal.

Sila lihat Galeri-Galeri di bawah:

Terdapat dua kolam manda besar yang utama.
.


Mandi di sini memang best dengan air yang suam-suam sahaja.
.


Di seberang jalan sana ada Kedai Makan tetapi sekarang ini ditutup.
.


Masuk ke tandas awam berdekatan kena bayar 50 sen.

.

.


Benar, di sebalik pagar tembok ini terdapat Resort yang menarik juga.
.


Resort 3 Bintang Erya By Surya terletak bersebelahan sahaja.

.
 

.

Jambatan Gantung merentasi Sungai Benus yang sudah runtuh.
.


Aliran Sungai Benus memang sesuai juga untuk memancing di sini.
.


Jambatan Gantung yang sudah runtuh. Tinggal tiang sahaja.
.

Maklumat Lain
-Sejak PKP (zaman Covid) bermula, lokasi ini menjadi semakin sunyi terutama apabila larangan rentas negeri dikenakan. Ini menyebabkan lokasi ini tidak meriah dan mungkin menjadi usang.
-Tiada stesen minyak berdekatan sini. Hanya terdapat stesen minyak di pekan Bentong dan Bukit Tinggi sahaja.
-Kawasan ini agak terasing dan sunyi pada waktu malam kerana terletak di tepi hutan. Tiada kemudahan besar seperti Pusat Membeli belah, Bengkel atau Kedai Runcit berdekatan. Walaupun Lebuhraya hanya di sebelah sahaja, tetapi anda perlu keluar dari lebuhraya untuk ke sini.


Comments

Post a Comment

Popular Post

Air Terjun Sungai Pertak, Kuala Kubu Baharu, Selangor

Jeram Tengkek, batu Kikir, Kuala Pilah

Mendaki Gunung Kinabalu (Laban Rata ke Puncak) - Bahagian 3