Pulau Perhentian, Kuala Besut, Terengganu
Pemandangan Pantai di Pulau Perhentian Besar |
Pulau Perhentian terletak berdekatan dengan Kuala Besut, Terengganu dan Pantai Tok Bali, Kelantan. Jaraknya dari pantai sekitar 20 hingga 30 KM atau sekitar 15 Batu Nautika. Lokasinya adalah berdekatan dengan sempadan Kelantan dan Terengganu.
Jarak pulau dengan lokasi darat terdekat iaitu Kuala Besut adalah sekitar 20 KM. Ini menyebabkan ramai pelancong akan ke Pulau Perhentian dari Jeti Kuala Besut, Terengganu. Perjalanan menaiki bot ke pulau adalah sekitar 45 minit hingga ke satu jam.
Pulau Perhentian terbahagi kepada dua iaitu Pulau Perhentian Kecil dan Besar. Semestinya Pulau Perhentian Besar lebih luas tetapi Pulau Kecil lebih meriah kerana di sini terletaknya Kampung Nelayan.
Walaupun terdapat banyak pulau di Semenanjung Malaysia, Pulau Perhentian menjadi pilihan kerana keindahan pantainya dan banyak aktiviti serta lokasi menarik yang boleh dikunjungi. Tambahan pula, pulau Perhentian mempunyai kemudahan penginapan dan servis yang lebih mudah diperolehi.
Aktiviti Menarik:
-Bermandi manda pantai.
-Skuba Diving
-Snorkeling
-Menjelah hutan pulau dan Kincir Angin.
-Peminat Fotografi boleh bergambar, memerhati burung dan pemandangan.
-Bersantai di tepi pantai dan berehat
-Berkhelah pantai dan bermain pasir.
-Memasak BBQ
-Meronda-ronda dengan bot
-Memancing (Lokasi tertentu sahaja)
Dan lain-lain aktiviti yang anda rasa perlu.
Lokasi-Lokasi Menarik di Pulau Perhentian Kecil.
-Kampung Nelayan Pulau Perhentian terletak di Pulau Perhentian Kecil.
-Jeti Kampung Nelayan
-Kedai-Kedai Makan orang kampung banyak di sini.
-Masjid
-Kincir Angin
-Pantai Alunan Coral
-Coral Bay
-Keranji Beach
-Romantic Beach, Long Beach, Turtle Beach, D'Lagoon Beach & banyak lagi.
Lokasi-Lokasi Menarik di Pulau Perhentian Besar:
-Jeti Taman Laut Pulau Perhentian dan Pejabat Taman Laut
-Kedai Makan di Resort berdekatan dengan Jeti.
-Air Terjun Kecil Lata Berani
-Teluk Keke
-Teluk Pauh, Perhentian Island Resort & Terminal Feri Pulau Perhentian
-Arwana Perhentian Resort
Banyak lagi lokasi menarik yang tidak dapat dinyatakan di sini kerana tidak cukup ruang. Jika anda berminat, bolehlah merancang untuk melancong ke sini.
Pulau Perhentian juga merupakan lokasi menarik dan terkenal untuk menjalankan kursus menyelam laut.
.Bangunan Jabatan Taman Laut Pulau Perhentian Besar |
Keindahan pemandangan di Pulau Perhentian |
Comments
Post a Comment