Hutan Lipur Sungai Tua & GIBS Eco Tourism Resort, Batu Caves, Selangor.

Hutan Lipur Sungai Tua terletak hanya di sebelah Jalan Lama Hulu Yam – Batu Caves. Ianya berada di dalam kawasan Taman Negeri Selangor yang mungkin juga dinamakan Hutan Simpan Sungai Tua.

 

Kawasan Rekriasi ini terkenal dengan Air Terjun dan Hutan Lipur untuk aktiviti berkhelah dan bermandi manda. Ianya memang dikelilingi oleh keindahan Hutan Simpan yang terpelihara suatu ketika dahulu. Empangan Batu yang terletak tidak jauh dari sini memperoleh air dari kawasan Hutan Simpan ini.

 

Kemudahan asas yang lengkap terdapat di sini tetapi tidak dapat dipastikan bagaimana status kemudahan tersebut dan apakah kemudahan lain yang terdapat di dalam Hutan Lipur.

 

Tinjauan baru-baru ini iaitu pada Dec 2020 mendapati kawasan ini ditutup kepada orang awam mungkin kerana wabak Pandemik Covid-19. Oleh itu, tidak banyak maklumat baru boleh diberikan.

 

Tidak jauh dari Hutan Lipur ini juga terdapat sebuah lagi Kawasan Eko-Pelancongan yang juga menarik iaitu GIBS Eco-Tourism Resort. Aktiviti yang ditawarkan di sini juga bersifat alam semulajadi seperti Perkhemahan, Merentas Hutan, Mountain Bike, 4X4, Memasak BBQ dan lain-lain.

 

Tetapi tinjauan tempoh hari juga mendapati Kawasan Rekriasi GIBS turut ditutup kepada orang ramai. Lawatan akan dilakukan pada masa akan datang iaitu selepas tamat PKP untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Sila lihat Galeri-Galeri di bawah ini:


.

.


.


.


.
.


.

 

Comments

Popular Post

Air Terjun Sungai Pertak, Kuala Kubu Baharu, Selangor

Jeram Tengkek, batu Kikir, Kuala Pilah

Restoran Tanah Aina Fareena Cafe, Lebuhraya Karak, Bentong, Pahang