Air Terjun & Hutan Lipur Chamang, Bentong, Pahang.

 

Keindahan Air Terjun Chamang yang deras.

 

Terletak kira-kira 10 KM dari pekan Bentong, Air Terjun Chamang adalah daya tarikan utama di pekan ini dan menjadi lokasi pilihan sesiapa yang dari Kuala Lumpur.


Waktu operasi Hutan Lipur/Air Terjun adalah antara jam 8 pagi hingga 5 petang. Tetapi pengunjung mestilah masuk sebelum pukul 4 petang selewatnya kerana jam 5 petang akan tutup. Perubahan waktu operasi yang lebih pendek kemungkinan kerana wujudnya wabak Covid-19 dan undang-undang baru. Peraturan pengunjung juga menjadi lebih ketat kerana faktor keselamatan dan kebersihan. 

Situasi ini tidak seperti pada tahun 2016 dan sebelumnya yang dilihat lebih santai dan banyak toleransi. Mungkin kerana pengunjung semakin ramai, maka penting untuk meguatkuasakan peraturan yang lebih ketat.



Aktiviti Utama & Daya Tarikan

Daya tarikan utama di sini semestinya air terjun dan sungai perting yang menjadi lokasi menarik untuk bermandi manda. Kawasan mandi di air terjun ini juga agak luas dan memanjang. Pengunjung boleh memilih lokasi pilihan mereka samada untuk bermandi manda atau berkhelah. 

Terdapat sebuah jambatan gantung yang bertujuan untuk merentas sungai dan bergambar.

Namun begitu, air terjun Chamang agak deras dan besar. Maka pengunjung harus berhati-hati mandi di sini kerana jika tidak, risiko lemas dan dibawa arus adalah tinggi. Air terjun ini semestinya agak berisiko kepada kanak-kanak untuk mandi jika tiada pemantauan.

Kemudahan asas yang terdapat di sini memang lengkap seperti Lot Parking Kenderaan, Tandas, Surau dan lain-lain. Tersedia gerai-gerai kecil yang menjual minuman dan makanan ringan. Terdapat banyak lokasi untuk berkhemah juga. 

Namun begitu, kemudahan kedai makanan panas tiada dan tidak terdapat kemudahan dewan atau kawasan khas untuk program motivasi. Kemudahan di Hutan Lipur ini lebih kepada tahap asas dan biasa.

Air Terjun Chamang kebanyakannya berpunca dari Gunung Rajah (Banjaran Titiwangsa). Sungai yang mengalir di air terjun ini juga dikenali sebagai Sungai Perting dan kemudiannya akan berkombinasi dengan sungai lain menjadi Sungai Bentong.



Mendaki Gunung Rajah dari Chamang, Bentong.

Bagi peminat mendaki gunung, air terjun chamang merupakan lokasi permulaan (starting point) untuk mendaki Gunung Rajah. 

Jika anda mendaki Gunung Rajah, lebih banyak lokasi menarik dan air terjun di sepanjang pendakian berbanding jika hanya melawat hutan lipur. Contahnya di Pintu Masuk Rimba dan Lata Naning.

Pendakian Gunung Rajah dari sini mengambil masa antara 6 hingga ke 8 jam. Masa turun juga mungkin sama atau lebih dari itu. Kebiasaannya pendaki akan mengambil masa dua hari satu malam untuk mendaki Gunung Rajah dari Chamang, Bentong.



Maklumat Lain

Antara tempat-tempat menarik lain berdekatan untuk dikunjungi adalah:
- Lemang To'ki berdekatan dengan jalan besar.
- Medan Selera Bentong.
- Kolam Memancing Bentong
- Bentong Happy Farm

Stesen minyak terdekat adalah di kawasan pekan Bentong. Sila lihat Galeri-Galeri di bawah ini:
 
 
 
Pintu Masuk Utama ke Hutan Lipur Chamang. Bayaran RM3 dikenakan.
.

Peta Umum Kawasan Hutan Lipur Chamang
.

Kawasan meletak kenderaan agak luas di sini. Terhad pada waktu puncak.
.

 
Kelihatan di sana adalah laluan permulaan denai mendaki ke Gunung Rajah.
.
 

Laluan denai hutan untuk mendaki ke Gunung Rajah. Awas ini trek agak jauh.
.
 

Pusat Penerangan atau Maklumat yang kelihatan sudah lama tidak dibuka.

 
Jeram/Kolam Mandi Utama di sini.
.

l

Air Terjun Chamang sebahagian besar mengalir dari Gunung Rajah.

 
Taman Permainan Kanak-Kanak
.

Kemudahan Dataran Cengal dan Surau di sana.
.


 
 
 

Comments

Popular Post

Air Terjun Sungai Pertak, Kuala Kubu Baharu, Selangor

Jeram Tengkek, batu Kikir, Kuala Pilah

Mendaki Gunung Kinabalu (Laban Rata ke Puncak) - Bahagian 3