Pusat Konservasi Harimau (Tiger Valley) Akan Dibuka di Kuala Gandah, Lanchang, Pahang?
Kuala Gandah yang lebih terkenal sebagai Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan akan mempunyai daya tarikan baru?
Berdasarkan temubual dengan beberapa penduduk tempatan, perkara ini bukan lagi menjadi bualan dan perancangan seperti beberapa tahun lalu. Ini kerana Jabatan PERHILITAN telah pun membina Pusat Konservasi Harimau di Kuala Gandah atau dikenali juga sebagai Tiger Valley.
Pusat Konservasi Gajah sudah biasa kita dengar dan telah lama wujud kerana banyak Gajah-Gajah liar yang perlu dipindahkan akibat habitat mereka musnah. Tetapi, Pusat Konservasi Harimau adalah sesuatu yang agak berbeza.
Harimau juga seperti Gajah, bukan mudah untuk dipelihara kerana mereka memerlukan makanan yang banyak dan ruang yang besar sekiranya konservasi mahu dilaksanakan.
Dikatakan, lokasi Tiger Valley ini terletak tidak jauh dari DeerLand dan Kuarters PERHILITAN dimana kawasan ini dipagar dengan saiz pagar yang agak tinggi dan kukuh. Kawasan berpagar juga agak luas dan membolehkan Harimau di dalamnya berburu seperti berada di dalam hutan. Ini bermaksud, Tiger Valley menyediakan satu Hutan khas untuk Harimau hidup di dalamnya seperti berada di dalam Hutan yang terhad.
Jika di Kuala Gandah, Gajah-Gajah akan diberikan masa untuk merayau-rayau ke dalam Hutan Simpan Krau kerana mereka perlu beriadah dan bergerak sebagai aktiviti harian mereka. Namun tidak pasti bagaimana pula keadaannya jika pusat Tiger Valley ini benar-benar dilaksanakan.
Pada tahun 2020 yang lalu, terdapat laporan akhbar yang menyatakan Tiger Valley akan dibuka tidak lama lagi tetapi nampaknya tiada berita. Mungkin pandemik Covid-19 yang melanda menyebabkan hasrat itu ditangguhkan?
Tidak banyak maklumat yang dapat diperolehi berkenaan dengan Tiger Valley ini. Lawatan akan diadakan pada masa akan datang untuk melihat perkembangan Pusat Tiger Valley ini.
.
Peta ini menunjukkan kewujudan Tiger Valley di Kuala Gandah. |
.
Comments
Post a Comment