Kawasan Rekriasi Perigi Tujuh Serendah, Hulu Selangor.


.

Berdasarkan apa yang di tulis di Papan Tanda, Perigi Tujuh ini sudah berusia lebih 100 tahun dan dibina ketika zaman penjajahan British.

 

Tujuan utama perigi ini dibina adalah untuk mengatasi masalah banjir yang seringkali berlaku di Serendah kerana kawasannya yang memang rendah dan dikelilingi oleh bukit bukau.

 

Serendah dahulu adalah kawasan perlombongan dan tujuan pembinaan Perigi ini adalah untuk mengatasi masalah banjir yang mengganggu aktiviti tersebut. Anda boleh melihat ada banyak kolam-kolam besar terletak berdekatan dengan lokasi ini kerana kolam-kolam ini adalah bekas tapak lombong.

 

Walaubagaimanapun, tidak pasti bagaimanakan sebenarnya Perigi Tujuh ini membantu mengatasi banjir. Mengapa air tidak dilepaskan terus ke dalam sungai seperti empangan? Mesti ada sebabnya mengapa konsep Perigi bawah tanah ini digunakan.

 

Sekarang, kawasan ini dijadikan sebagai Kawasan Rekriasi walaupun tiada apa-apa pun kemudahan yang terdapat di sini selain daripada Pondok Rehat dan Parking. Mungkin anda boleh datang ke sini untuk bergambar dan membaca artikel di Papan Tanda.

Sila lihat Galeri-Galeri di bawah:


.

.

.


.

 


.

.

.

.


.


.


.




.





 

 

Comments

Popular Post

Air Terjun Sungai Pertak, Kuala Kubu Baharu, Selangor

Jeram Tengkek, batu Kikir, Kuala Pilah

Mendaki Gunung Kinabalu (Laban Rata ke Puncak) - Bahagian 3