Kawasan Rekriasi Pulau Chekas (Riverpools), Hulu Dong, Raub, Pahang
Kawasan Rekriasi Pulau Chekas terletak di Hulu Dong, Dong, Raub, Pahang dan berada di hujung kampong. Lokasinya tidak jauh dari Air Terjun Lata Jarum dan ia menggunakan kemudahan aliran Sungai Dong dari air terjun tersebut.
Bayaran masuk adalah RM2. Kemudahan parking disediakan di tepi jalan walaupun mungkin agak terhad pada waktu puncak. Tidak jauh dari Parking Kenderaan terdapat banyak Gerai-Gerai kecil menjual makanan.
Seperti namanya, Kawasan Rekriasi ini memang adalah sebuah pulau yang dipisahkan oleh Sungai Dong dengan tanah besar. Ianya berkonsepkan alam semulajadi dengan simpang aliran sungai membelah beberapa susunan pulau antara sungai.
Pulau Chekas adalah lokasi menarik untuk bermandi-manda air sungai dan berkhelah. Kawasan ini dilengkapi dengan segala kemudahan asas dan tambahan. Kemudahan seperti Tandas, Surau, Kawasan Berkhelah, Pondok Rehat, Gelonsor Bermandi manda (Pangsur Air) dan lain-lain banyak disediakan.
Kawasan Rekriasi ini agak luas juga kerana terdapat beberapa pulau di tengah-tengah aliran Sungai Dong yang disambungkan dengan beberapa jambatan gantung atau jambatan biasa. Berdasarkan dari Peta, terdapat kemudahan gelanggang Futsal. Kemudahan besar seperti Chalet, Dewan Terbuka, Dewan Kecil Tertutup dan Pentas turut disediakan di sini iaitu di seberang sungai.
Berada dalam Kawasan Rekriasi ini juga adalah Jeram/Lata Kepayang untuk bermandi manda yang lebih menarik. Namun harus berhati-hati kerana air sungai agak deras pada musim hujan dan di kawasan tertentu. Terdapat juga Jeram yang agak dalam dan pengunjung perlu berwaspada dalam hal ehwal bermandi manda disini jika di kawasan dalam dan deras.
Terdapat dua pintu masuk ke Kawasan Rekriasi ini iaitu dari Jalan Utama dan satu lagi pintu masuk anda perlu belok ke simpang kiri (selepas kedai runcit) untuk terus ke Chalet. Dari Chalet juga boleh mengakses ke Kawasan Rekriasi ini.
Memancing juga menjadi salah satu aktiviti menarik di sini selain daripada berkhelah. Namun tiada kemudahan Sukan Ekstrem seperti Flying Fox atau Abseiling di sini. Bot dan Kayak juga tiada kerana sungai/kolam di sini lebih sesuai untuk aktiviti bermandi manda.
Kawasan Rekriasi Pulau Chekas sudah beroperasi lebih daripada 25 tahun atau sejak tahun 1995. Ianya dikawalselia oleh Koperasi Homestay Kampung Peruas, Raub. Kebanyakan pengunjung yang datang ke sini adalah keluarga dan berkumpulan.
Sila lihat Galeri-Galeri di bawah:
.
.
.
.
.
.
Comments
Post a Comment