Tempat-Tempat Menarik Dalam Perjalanan Dari Kuala Kubu Baharu Ke Bukit Fraser.
Jika anda memandu kenderaan untuk ke Bukit Fraser, anda mesti akan melalui pekan Kuala Kubu Baharu sekiranya anda bukan dari Raub. Sepanjang perjalanan, terdapat beberapa lokasi menarik yang mungkin anda tidak tahu atau terlepas pandang. Memandangkan anda hanya ingin menuju ke Bukit Fraser atau menuju ke salah satu lokasi dalam perjalanan, anda tidak memikirkan apakah tempat menarik yang anda sedang tempuhi.
Jika anda sudah mengetahui lokasi-lokasi ini, anggaplah sebagai mengingati semula kedudukannya atau mungkin anda sudah lupa. Antara lokasi menarik dalam perjalanan antara pekan KKB ke Bukit Fraser adalah:
-Empangan Sungai Selangor atau Hulu Selangor. Anda boleh menikmati pemandangan indah dari sini dengan berlatarkan Empangan dan Tasik Sungai Selangor yang luas. Lokasi ini juga sesuai untuk mengambil gambar. Terdapat dua Lokasi Pemandangan (Lookout Point) Tasik Sungai Selangor. Paling utama adalah yang berdekatan dengan pintu masuk empangan dan satu lagi di tepi jalan utama.
-Taman Empangan Hulu Selangor. Kawasan Rekriasi kecil ini menarik untuk dikunjungi bagi menikmati pemandangan indah tasik dari sini dan beridah. Sesuai juga untuk bergambar dan bersantai. Mungkin boleh untuk melaksanakan aktiviti berkhelah jangka pendek.
-Jambatan Sungai Pertak / Tasik. Anda akan terjumpa Jambatan panjang yang merentasi sungai/tasik sebelum simpang ke Kampung Orang Asli Sungai Pertak. Jambatan ini juga adalah lokasi memancing yang menarik dan anda dapat melihat pemandangan indah tasik Sungai Selangor, bahagian hujung.
Jambatan panjang merentasi Tasik Sungai Selangor & mungkin juga Sungai Pertak. |
.
-Air Terjun Sungai Pertak. Selepas melalui Perkampungan Orang Asli Sungai Pertak, anda akan sampai ke sini. Kawasan Rekriasi terkenal ini adalah lokasi perkhelahan, perkhemahan, mendaki gunung dan merentas hutan belantara. Selain berkhelah dan bermandi manda di Air Terjun Sungai Pertak, pengunjung kebanyakannya akan mengembara ke hutan menuju ke lokasi-lokasi berikut iaitu: Bukit Kutu, Lata Medang, Lata Mekau dan Gunung Rajah.
Simpang ke Air Terjun Sungai Pertak dan lokasi-lokasi lain. |
.
-Air Terjun Sungai Kul (juga dikenali dengan nama Sungai Chilling). Terdapat simpang untuk ke Kawasan Rekriasi yang menarik ini dan juga terdapat Sanctuary Ikan Kelah. Air terjun Sungai Chilling sangat terkenal sebagai lokasi perkhelahan dan bermandi manda seperti juga Air Terjun Pertak. Tetapi kawasan ini ditutup kerana PKPB.
Maaf, lokasi ini ditutup kerana PKPB. |
.
-Kawasan Perkhelahan dan
bermandi manda Sungai Chilling. Lokasi ini hanya terletak di tepi jalan dimana
mengalirnya Sungai Sangloi dan juga Sungai Kul yang berasal dari Air Terjun Sungai
Chilling. Lokasinya berdekatan dengan simpang ke Sungai Chilling tadi.
.
-Selekoh Henry Gurney. Merupakan lokasi bersejarah pembunuhan Sir Henry Gurney dahulu oleh pihak PKM tetapi lokasi ini tidak dibangunkan sebagai lokasi bersejarah. Kedudukannya tidak jauh dari sebuah jambatan usang lama yang masih ditinggalkan. Jambatan kecil itu masih digunakan sehingga 2015 sebelum Jambatan baru yang lebih luas dibina disebelahnya.
.
-Air Terjun Semangkuk terletak kira-kira 13 KM sebelum sampai ke simpang Bukit Fraser. Hanya berada di tepi jalan sahaja, anda boleh singgah di sini untuk mandi di sebuah air terjun yang kecil dan menarik. Tetapi kawasan ini kecil sahaja dan tiada kemudahan asas kecuali tempat meletak kenderaan.
Air Terjun Semangkuk |
.
-Rumah Rehat Gap terletak 300 meter sebelum simpang ke Bukit Fraser. Tetapi rumah rehat ini tidak dipelihara dan menjadi semakin usang. Terdapat Jambatan Gantung di tepi jalan tetapi juga sudah kelihatan usang. Apakan daya kerana kawasan ini tidak dipelihara. Tidak jauh dari sini juga, terdapat laluan trek ke Gunung Ulu Semangkuk untuk peminat mendaki gunung.
Kawasan Rumah Rehat Gap yang sudah usang. |
-Tambahan : Terdapat beberapa lagi lokasi menarik seperti Sukan Ekstrem, Resort dan Chalet Persendirian berdekatan dengan lokasi Sungai Chilling dan Empangan Sungai Selangor. Namun kawasan tersebut tidak dimasukkan dalam senarai kerana ia bukanlah kawasan awam dan mungkin memerlukan tempahan awal.
-Satu perkara yang sukar dijumpai dalam perjalanan dari KKB ke Bukit Fraser adalah kemudahan Kedai Makan, Tandas dan Surau. Walaupun terdapat di beberapa lokasi di atas, tetapi anda perlu masuk ke dalam sedikit. Bagaimanapun, selepas simpang ke Bukit Fraser, terdapat Kedai Makan, Tandas dan Surau yang boleh disinggah. Jika anda terus melepasi simpang ke Bukit Fraser (Gap), terdapat sebuah kedai makan untuk menikmati makanan ringkas. Tetapi tunjauan tempoh hari kedai ditutup kerana PKPB.
Di persimpangan Gap ini, jalan terus untuk singgah ke Kedai Makan, Tandas & Surau. |
.
Sejak tahun 2017 dimana sukan berbasikal mula menjadi trend orang ramai. Laluan dari Kuala Kubu Baharu ke Bukit Fraser semakin menjadi pilihan untuk berbasikal kerana tidak banyak kenderaan yang melalui laluan ini. Terutama pada hujung minggu, ramai peminat sukan basikal akan mengayuh sehingga ke Simpang Gap dan kemudian berpatah balik.
Hasil tinjauan pada tahun
2020 (Oktober), banyak kawasan hutan yang sedang diteroka bagi tujuan pembinaan
terutamanya di sekitar Empangan Sungai Selangor. Adakah kawasan baru akan
dibina? Kita akan buat kunjungan lagi nanti.
Comments
Post a Comment