Bukit Panorama, Sungai Lembing, Kuantan, Pahang
Pondok Rehat di puncak Bukit Panorama. |
Jika anda orang Pahang, pasti kenal dengan nama Sungai Lembing. Tetapi jika anda jauh dari sini, Sungai Lembing terletak di Daerah Kuantan, Pahang.
Sungai Lembing adalah pekan/bandar bersejarah di Pahang yang sangat hebat suatu ketika dahulu. Ianya adalah sebuah bandar perlombongan bijih timah yang sangat terkenal.
Terdapat banyak daya tarikan di Sungai Lembing tetapi salah satu daya tarikan menarik di sini adalah Bukit Panorama. Mendaki bukit ini tidaklah susah tetapi bukan juga terlalu mudah. Biasanya, 1 jam diperlukan untuk mendaki hingga ke puncak bukit.
Tetapi pemandangan dari puncak bukit lebih berlatarbelakangkan kehijauan hutan yang telah diteroka. Anda tidak dapat melihat pekan Sungai Lembing begitu jelas dari sini.
Apapun, Bukit Panorama adalah persinggahan wajib untuk sesiapa yang bercuti ke Sungai Lembing. Jangan risau kerana anda mampu mendaki bukit ini kerana ia tidaklah terlalu tinggi dan pemandangan masih menarik.
Sila lihat Galeri-Galeri dari puncak Bukit Panorama:
Tangga terakhir ke Puncak Bukit Panorama. |
.
Puncak Bukit Panorama agak luas memanjang |
Kehijauan hutan masih boleh dilihat dari sini. |
Comments
Post a Comment