Jeram Bangkin, Kampung Lechar, Dong, Raub, Pahang
Sungai Dong yang mengalir dari Hulu Dong dan berpunca dari Banjaran Benom akan mengalir ke sini. Lokasi Jeram Bangkin terletak di Kampung Lechar iaitu kira-kira 2 KM dari pekan Dong, Raub. Di kawasan aliran sungai ini terdapat Jeram atau kolam yang sangat sesuai untuk bermandi manda.
Kawasan Rekriasi Jeram Bangkin baru dibangunkan dan dibuka kepada orang ramai berdasarkan kepada struktur kemudahan yang dibina. Kawasan ini di bawah seliaan JKKK Kampung Lechar. Semestinya, kawasan ini sudah wujud sejak sekian lama tetapi tidak dibuka atau dihebahkan kepada orang ramai.
Bayaran masuk dikenakan kepada sesiapa yang ingin melaksanakan aktiviti di kawasan ini. Bayaran Parking RM 2 dan bayaran tambahan akan dikenakan berdasarkan kemudahan yang ingin digunakan.
Data tarikan utama Jeram Bangkin semestinya untuk bermandi manda dan berkhelah di sekitar Sungai dan Jeram. Pengunjung akan turut memasak BBQ dan bersantai di pondok-pondok yang disediakan berdekatan. Suasana mandi sungai di kampong seperti sangat disukai oleh Kanak-Kanak tambahan pula zaman sekarang, tidak banyak sungai yang bersih di kawasan Bandar untuk mandi.
Kemudahan asas seperti Tandas, Kedai Makan, Parking, Pondok Rehat, Kawasan Berkhelah dan Surau terdapat di sini. Tetapi kemudahan besar tiada kerana Kawasan Rekriasi ini kecil sahaja. Jika terlalu ramai pengunjung, boleh berlaku kesedakan. Namun begitu, ramai pengunjung pada musim cuti sekolah adalah perkara biasa.
Terdapat kawasan mandi yang cetak dan terdapat juga kolam yang dalam. Bergantung kepada pengunjung kanak-kanak atau dewasa dan kesesuaian. Terdapat Buaian sungai dan tempat terjun untuk permainan air. Namun begitu, pada musim tengkujuh, arus sungai akan lebih kuat dan pengunjung perlu berhati-hati.
Kelebihan Jeram Bangkin adalah ianya lebih dekat dengan Jalan Utama Bentong-Raub-Kuala Lipis dan tidak perlu masuk ke dalam terlalu jauh. Tidak seperti Kawasan Rekriasi Pulau Chekas dan Lata Jarum yang terletak lebih 25 KM dari Jalan Utama.
Maklumat Lain
-Stesen minyak terdekat di pekan Raub.
-Banyak kedai-kedai makan seperti Goreng Pisang, Kueh Mueh dan Apam Balik dijual berdekatan ataupun di pekan Dong.
-Air Terjun Lata Jarum dan Pulau Chekas terletak 25 KM dari sini. Masih agak jauh.
Sila lihat Galeri-Galeri di bawah ini:
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Comments
Post a Comment