Hutan Lipur Sendat, Hulu Yam, Hulu Selangor
Mungkin tidak ramai mengenali Hutan Lipur Sendat yang terletak di Hulu Yam, Selangor kerana lokasi agak ke dalam dan bukanlah di tepi jalan utama. Anda perlu melalui pekan Hulu Yam Lama dan memasuki satu simpang ke kampung dan melalui jalan kecil sebelum sampai ke sini.
Ketika lawatan, didapati Hutan Lipur ini dalam proses menaiktaraf dan ditutup kepada orang ramai. Namun, terdapat beberapa pelawat yang berkhelah dan mandi di kawasan sungai selepas pintu masuk utama Hutan Lipur.
Bayaran masuk tidak diketahui kerana masih ditutup. Tetapi terdapat papan tanda yang menyatakan harga asas memasuki Taman Eko Rimba di Selangor.
Jika dilihat dari luar pun, didapati Taman Eko Rimba ini berkonsepkan semulajadi dengan Air Terjun dan sungai yang mengalir dari tanah tinggi Hutan Simpan Dusun Tua?. Aktiviti seperti berkhelah dan bermandi-manda semestinya menjadi pilihan. Kelihatan luas juga kawasan rekriasi ini dengan banyak kemudahan asas yang disediakan walaupun sedang dalam proses menaiktaraf.
Berdekatan dengan Hutan Lipur ini, terdapat juga beberapa lokasi perkhelahan yang turut dibuka kepada orang ramai dengan bayaran. Lokasi perkhelahan ini mungkin adalah milik persendirian atau swasta yang dibuka kepada orang ramai. Anda juga boleh mencuba melawat ke Pusat Rekriasi tersebut sebagai alternatif jika Taman Eko Rimba ditutup.
Maklumat Lain
-Stesen Minyak terdekat di pekan Hulu Yam.
-Lokasi menarik lain berdekatan adalah (dalam gambar).
Sila lihat Galeri-Galeri di bawah:
Jadual Bayaran. Masuk RM 2 untuk dewasa. |
.
Sedikit Penerangan tentang Hutan Lipur. |
.
.
Papan Tanda rosak sedang dinaiktaraf. |
.
Salah satu Kawasan Rekriasi swasta yang terletak tidak jauh dari Hutan Lipur Sendat. |
.
.
.
.
.
.
Comments
Post a Comment