Kampung Janda Baik, Bentong, Pahang Yang Semakin Membesar.
Papan Tanda Lama di Kampung Janda Baik yang tiada siapa sedar kewujudannya. |
Terdapat tiga sungai penting yang mengalir di Kampung ini iaitu Sungai Sum Sum, Sungai Benus dan Sungai Cemperoh yang menyebabkan ia sangat sesuai untuk dijadikan lokasi rekriasi dan pelancongan sungai.
Namun begitu, semakin banyak Resort dan Kawasan Rekriasi yang dibuka sehingga anda sendiri pun pening untuk memilih yang mana satu harus dikunjungi.
Lokasi yang dahulunya dikatakan di hujung kampung kini tidak lagi berada di hujung kampung kerana terdapat hujung yang baru. Bermaksud, institut ILMU yang dahulu paling hujung tidak lagi berada di hujung.
Janda Baik kini bukan sahaja terdapat begitu banyak Resort & Chalet di tepi sungai, malah kebun-kebun buah-buahan juga semakin banyak dibuka.
Jika anda pernah mendaki Gunung Nuang dari Janda Baik, pasti dapat melihat kini kawasan Kebun telah banyak diteroka. Perkampungan Orang Asli juga sudah terang dengan kebun.
.
Gambar di kawasan hujung Kampung Janda Baik. |
.
Kebun-kebun baru di hujung Kampung. |
.
Kawasan Pertanian, Agro dan Resort semakin banyak dibuka di Janda Baik. |
Comments
Post a Comment