Muzium & Terowong Sungai Lembing, Pahang Ditutup Sementara Waktu (PKP Mei 2021).
Pekan Sungai Lembing |
Terdapat dua tarikan utama di pekan klasik Sungai Lembing iaitu Muzium Sungai Lembing dan Terowong Sungai Lembing, Daerah Kuantan, Pahang. Namun begitu, kedua-duanya telah ditutup sepanjang waktu PKP ini yang bermula sejak Mei 2021.
Terowong Sungai Lembing (Ditutup).
Merupakan juga Muzium Khas untuk melawat sebahagian tapak asal Terowong Lombong Bijih Timah di sini. Namun begitu, Lokasi ini telahpun ditutup sejak Februari 2021 yang lalu untuk kerja-kerja penyelenggaraan. Ditambah pula dengan perlaksanaan PKP, mungkin Terowong ini akan ditutup lebih lama lagi.
Terletak di atas bukit, pintu masuk Muzium ini agak terpencil dan ramai yang menjenguk-jenguk lokasi ini agak hampa kerana ianya ditutup lama.
Terowong Sungai Lembing ditutup sejak Feb 2021 untuk kerja-kerja menaiktaraf. |
.
Muzium Sungai Lembing (Ditutup Sementara PKP).
Terletak di tepi jalan sahaja, Muzium yang menceritakan segala sejarah berkaitan dengan pekan/bandar Sungai Lembing ditutup sepnajang waktu PKP sejak awal Mei yang lalu.
Papan Tanda penutupan. Mungkin bersambung hingga Julai kerana PKP berterusan.
Ramai yang nak singgah tetapi hampa kerana masih ditutup. |
Comments
Post a Comment