Pusat Eko-Pelancongan Gunung Datuk (Hutan Lipur Gunung Datuk), Rembau









Gunung Datuk terletak di Kota, dalam daerah Rembau, Negeri Sembilan. Ia tidak jauh dari Alor Gajah. Tidak dinafikan bahawa Gunung Datuk adalah paling popular di Negeri Sembilan (malah di Malaysia) walaupun Gunung Angsi juga menjadi semakin popular sejak akhir2 ini. Daya tarikan pusat ini adalah Gunung Datuk yang mempunyai pemandangan sangat indah di puncaknya.


Kedatangan pelancong ke Gunung Datuk kian meningkat setiap tahun terutama pada hujung minggu.

Terdapat air terjun kecil dan jeram kecil di hutan lipur ini. Mungkin disebabkan kecil, aktiviti mandi manda kurang dilakukan. Tetapi aktiviti seperti kem motivasi dan kem bina semangat masih diadakan pada hujung minggu.


Tempat meletak kenderaan agak terhad pada hujung minggu.

Pintu Gerbang menuju ke Pondok Renjer


Terdapat kemudahan2 seperti Tapak Perkhemahan, Pentas/Dewan Terbuka, Tempat Parking Kereta, Tandas (agak teruk),  Surau (masih kotor), pejabat, kedai makan dan pondok rehat. Walaubagaimanapun, kemudahan2 ini kurang memberangsangkan jika dibandingkan dengan jumlah pengunjung yang datang tambahan pula ramai dari luar negara.

Adalah diharapkan pihak kerajaan negeri dapat menambahaik kemudahan di Taman Eko ini seperti tandas, surau, kedai makan dan Galeri untuk meningkatkan keselesaan pengunjung. Taman Eko ini dilihat mempunyai potensi yang besar dalam meningkatkan industi pelancongan di daerah Rembau.



Tapak2 Perkhemahan



Peta lokasi yang baru dipasang

Kemudahan tandas dan bilik mandi kelihatan sedang dinaik taraf


Kemudahan Surau juga kelihatan sedang dinaiktaraf

Syabas kerajaan negeri di atas projek naik taraf yang sedang dijalankan atau mungkin sudah selesai sekarang.



Pendakian Ke Gunung Datuk


Pendakian ke Gunung Datuk mengambil masa lebih kurang 2 jam hingga ke 3 jam dengan trek yang agak curam sepanjang 2 KM. Permit mendaki boleh di mohon di Pondok Renjer dengan harga RM5. Terdapat beberapa Check Point sepanjang pendakian sebelum anda boleh menikmati keindahan pemandangan di puncak.

Sebenarnya terdapat dua lagi puncak berhampiran Gunung Datuk iaitu Gunung Gagak dan Gunung Rembau. Anda juga boleh merentas hutan untuk ke Bukit Tampin melalui trek hutan yang mencabar. Pendaki2 yang mahir sering melaksanakan aktiviti2 merentas bukit ini. 




Salah satu kerja menaiktaraf yang sedang dilakukan iaitu tangga besi

 
Pondok Renjer untuk mendaftar dan memohon permit. Harga permit adalah RM5.


Peta dan panduan mendaki yang baru diletakkan


Laluan trek permulaan mendaki yang sebenar



Comments

Popular Post

Air Terjun Sungai Pertak, Kuala Kubu Baharu, Selangor

Jeram Tengkek, batu Kikir, Kuala Pilah

Mendaki Gunung Kinabalu (Laban Rata ke Puncak) - Bahagian 3