Bukit Senaling, Senaling, Kuala Pilah
Mula menjadi viral pada tahun 2017 apabila daya tarikan
utamanya iaitu ‘Awan Karpet’ menjadi gambar pemandangan
indah di media sosial lalu menarik perhatian pengunjung. Terletak di Kampung Ulu Senaling, Kuala Pilah, N. Sembilan.
Pengunjung dari jauh seperti dari Kuala Lumpur dan Selangor
sanggup datang ke sini untuk melihat ‘awan karpet’. Mereka akan menjadikan
Petronas Senaling sebagai tempat berkumpul sebelum menuju ke kampong Ulu Senaling.
Peta ke Bukit Senaling melalui Kg Ulu Senaling |
Simpang masuk ke Bukit Senaling |
Nampak surau, teruskan perjalanan. |
Lokasi masuk parking kereta. Simbol Selamat Datang. |
Seperti juga Bukit Batu Sawa di Jelebu, Bukit Senaling mempunyai daya tarikan awan karpet di waktu pagi. Disebabkan hal ini, ramai yang suka mendaki pada waktu awal pagi dan bukannya pada waktu tengahari atau petang.
Tiada kemudahan disediakan di sini tetapi penduduk di sini
menjadikan rumah mereka sebagai kemudahan asas seperti tandas, surau dan tempat
parking kenderaan. Anda juga boleh menikmati makanan Nasik Lemak Sambal Petai
yang disediakan penduduk kampong jika anda memilih pakej tersebut. Masa pendakian adalah sekitar 1 ke 2 jam. Permit mendaki dan kos parking adalah RM 10.
Pemandangan di Puncak
Tempat parking kenderaan yang luas. bayaran dikenakan. |
Kaunter pendaftaran yang baru |
Trek permulaan mendaki |
Pemandangan di Puncak
Tiada awan karpet ketika ini kerana sudah jam 9 pagi. |
Terdapat dua puncak di Bukit Senaling untuk bergambar |
Comments
Post a Comment