Teratak Za'aba, Kuala Pilah






Siap dibina pada tahun 2001, rumah tandisional ini dibina bertujuan untuk memberi penerangan dan mengisi artifak kepunyaan Tan Sri Dr. Zainal Abidin Bin Ahmad (singkatannya Za’aba). Beliau berketurunan Bugis dan telah memberi banyak sumbangan kepada masyarakat Malaya dalam bidang penulisan.

Pendeta Zaaba (1895 – 1973) terkenal sebagai seorang penulis yang berpengaruh pada zaman sebelum Merdeka, pra Merdeka dan selepas Merdeka. Beliau adalah juga seorang guru yang kemudiannya menjadi penulis. Penulisan beliau menjadi bahan pembakar semangat nasionalisma pada zaman pra kemerdekaan.









Di sebelah rumah ini terdapat, dewan serbaguna yang boleh digunakan untuk sebarang majlis. Rumah pendeta ini di buka setiap hari pada waktu pejabat kecuali pada hari raya Aidilfitri & Aidiladha akan ditutup. Kemudahan yang terdapat di sini adalah dewan, tandas dan surau.



Comments

Popular Post

Air Terjun Sungai Pertak, Kuala Kubu Baharu, Selangor

Jeram Tengkek, batu Kikir, Kuala Pilah

Mendaki Gunung Kinabalu (Laban Rata ke Puncak) - Bahagian 3