Jeram Dagang di Kuala Klawang, Jelebu
Simpang kanan ke Jeram Dagang |
Lokasi anggaran Jeram Dagang mengikut peta di atas. Hampir 6 KM dari pekan Kuala Klawang. |
Jeram kecil ini terletak tidak jauh dari Kampung Peradong dan
tidak jauh dari jalan utama.Ia terletak di antara jalan Kuala Klawang ke Kg
Peradong. Buat masa ini, Jeram ini tidak terdapat dalam peta pelancongan Negeri
Sembilan oleh itu, tiada kemudahan disediakan.
Aktiviti berkhelah dan bermandi manda boleh dilakukan di jeram ini tetapi ruang adalah agak terhad. Kebanyakan pengunjung yang datang ke sini hanya sekadar untuk melawat dan tidak ramai yang mandi kerana keadaan bentuknya mungkin kurang sesuai.
Denai laluan masuk ke jeram. Anda perlu parking kereta di tepi jalan ini. |
Jika anda mempunyai masa, boleh melawat ke jeram ini. Tetapi ruang parking adalah terhad kerana anda perlu parking di luar dan berjalan sekitar 200 M untuk ke jeram. Mungkin pada masa akan datang, jeram ini akan dibangunkan menjadi taman tema.
Air terjun pertama. Ada lagi di hadapan. |
Jeram sebenarnya ada di dalam. Masuk ke denai di hadapan. |
Terdapat air terjun dan jeram kecil untuk anda bermandi manda. |
Comments
Post a Comment