Tempat-Tempat Menarik di Bandar Seremban



Pokok getah terawal di Negeri Sembilan

Taman Permainan Kanak2 & Dewasa banyak terdapat di Taman Rekriasi Seremban


Bandar Seremban sebenarnya mempunyai beberapa lokasi yang boleh dilawati seperi taman rekriasi, muzium dan bangunan bersejarah. Kebanyakan kawasan2 ini dahulunya adalah bekas tapak lombong. Antaranya adalah:


1. Taman Tasik Seremban/Lake Garden
Taman Tasik Seremban adalah taman yang paling luas dan selalu digunakan oleh penduduk tempatan untuk aktiviti riadah seperti berjoging dan berkhelah. Terutamanya pada waktu hujung minggu dan musim cuti, ramai penduduk tempatan mengunjungi taman ini.

 







2. Taman Malaysia

Seperti juga Taman Tasik Seremban yang luas, Taman Malaysia mempunyai konsep yang sama dan merupakan bekas lombong. Bezanya cuma Taman Malaysia lebih kecil.












3. Taman Tasik Kedua

Merupakan sambungan daripada Taman Tasik Seremban, ia terletak di kawasan menghala ke dalam sedikit iaitu berdekatan dengan Hotel Alson Klana.











4. Taman Orkid

Taman ini mempunyai koleksi bunga orkid yang dipamerkan kepada orang ramai tetapi masih tutup sehingga sekarang.






5. Laman Basikal

Terletak bersebelahan sahaja dengan Kediaman rasmi Menteri Besar NS, Laman basikal merupakan tempat untuk kanak2 belajar menunggang basikal dengan baik dan mengikut peraturan jalan raya. Basikal di sini hanya dikhaskan untuk kanak2 sahaja.












6. Galeri DiRaja Tuanku Jaafar

Menyimpan koleksi diraja Al-Marhum Tuanku Jaafar, Galeri ini terletak bersebelahan dengan Taman Malaysia dan ia juga mempunyai dewan serbaguna yang sering digunakan untuk mengadakan majlis perkahwinan. Tambahan pula Galeri ini mempunyai tempat parking yang luas dan berpenghawa dingin.







7. Bangunan Lama SUK (Perpustakaan NS)

Bangunan warna putih dengan senibina British ini merupakan Pejabat Setiausaha Kerajaan pada satu ketika dahulu sebelum dijadikan sebagai Perpustakaan Awam Negeri Sembilan. Namun tiada galeri di sini dan and hanya boleh bergambar. Buat seketika ini, bangunan ini ditutup kerana menaiktaraf.






9. Muzium Negeri (Laman Seni Budaya)

Terletak di sebelah lebuh raya Seremban-KL dan berdekatan degan Pusat Membeli belah Seremban Gateway. Muzium ini adalah yang terawal di Negeri Sembilan dan terdapat dua buah rumah/istana tradisional di sebelahnya.







10. Bukit Kepayang

Benar, di Seremban sebenarnya ada bukit untuk anda daki selain daripada Gunung Angsi. Terletak berdekatan dengan Tesco Seremban. Tempat permulaan mendaki
berdekatan dengan Taman bukit Kepayang. Terdapat Tokong & Kuil di atas bukit ini dan ia juga boleh didaki menggunakan jalan raya kecil.








Mungkin ramai yang tidak tahu kewujudan tempat di atas kerana mereka tidak pernah terfikir atau berada terlalu dekat sehingga terlupa untuk melawat. Sekiranya anda tidak pernah berkunjung atau baru datang ke sini, boleh lah melawat lokasi2 tersebut.

Comments

Popular Post

Air Terjun Sungai Pertak, Kuala Kubu Baharu, Selangor

Jeram Tengkek, batu Kikir, Kuala Pilah

Restoran Tanah Aina Fareena Cafe, Lebuhraya Karak, Bentong, Pahang