Hutan Lipur Pasir Panjang, Port Dickson
Hutan lipur ini terletak berdekatan dengan pekan Pasir Panjang Port Dickson. Jarak lebih kurang 30KM dari Port Dickson dan 60KM dari Seremban. Ia sudah menghampiri sempadan Melaka dan Tanjung Agas. Apa yang menarik di hutan ini hanyalah pemandangan yang indah untuk menenangkan perasaan anda. Selain itu, keindahan flora & fauna yang terdapat di hutan lipur ini.
Terdapat tapak perkhemahan, pondok dan
tempat beriadah. Kelihatan sesuai untuk melaksanakan aktiviti kem motivasi
tetapi kawasan hutan ini agak terbuka. Kawasan hutan ini kurang dikunjungi
kerana tiada daya tarikan istimewa dan ianya lebih kepada tempat beriadah.
Terdapat kedai makan dan tandas awam tetapi berkunci. Kedai makan hanya dibuka
pada waktu cuti dan hujung minggu sahaja.
Papan tanda bersejarah perasmian Hutan Lipur ini. |
Pemandangan laut yang indah dan mempersonakan dari atas bukit. |
Apapun tidak rugi jika anda datang ke sini kerana pemandangan lautnya yang cantik dan sesuai untuk bergambar. Lihat sahaja gambar2 di bawah. terdapat sebuah pondok/jeti di bawah bukit (kena turun tangga) tetapi sudah roboh dan tak boleh naik.
Sekiranya anda kecewa putus cinta atau ingin menenangkan perasaan, bolehlah datang ke sini untuk muhasabah diri tetapi jangan terlalu lama.
Comments
Post a Comment