Tugu Peringatan Sungai Kelamah (World War 2 Memorial), Gemas

Tugu Peringatan Sungai Kelamah Zaman Perang Dunia Kedua

Lokasi Tugu Peringatan berdekatan dengan FELDA Sg. Kelamah



Terletak di daerah Tampin, Negeri Sembilan tidak jauh dari pekan Gemas. Tugu peringatan ini menyimpan sejarah hitam mengisahkan peperangan & pertempuran antara tentera Jepun dan Australia. Ianya berlaku ketika Jepun menyerang Malaya, sebulan lebih selepas mendarat di Kota Bharu. Kawasan terpencil terjadinya pertempuran ini adalah berdekatan dengan sebuah sungai dan jambatan untuk menyeberanginya.

Apakah yang terdapat di tugu peringatan ini? Sebenarnya tiada apa2 pun kecuali peninggalan sejarah dan sedikit maklumat tentang kejadian yang berlaku di sini pada tahun 1941. Tidak ramai orang yang mahu singgah di sini dan tak ramai yang tahu tentang memorial ini. Apa pun anda tidak perlu singgah, cuma baca penerangan ringkas di bawah:


Pada Januari 1941, tentera Jepun telahpun menawan sebahagian besar semenanjung Malaya dan mereka dalam perjalanan memasuki Johor untuk ke Singapura. Tentera Australia telah bersiap siaga untuk mempertahankan Malaya ketika itu sedia menunggu ketibaan tentera Jepun dengan melakukan serangan hendap di jambatan Sungai Kelamah. Apabila tentera Jepun sampai, ramai yang mati kerana perangkap bom yang dipasang. Namun begitu tentera Jepun sangat ramai, mereka akhirnya berjaya menewaskan tentera Australia dan ramai yang terkorban di kedua2 belah pihak.


Tentera Jepun seterusnya meneruskan kemaraan mereka ke Gemas dan berlaku lagi pertempuran ketika itu di satu lagi kem tentera Australia. Tentera Jepun berjaya mara ke Johor dan Singapura kerana pada ketika ini, pihak British telah berkumpul di Singapura sebagai kubu pertahanan terakhir tentera bersekutu.


Memorial peringatan ini dibina sebagai penghormatan kepada tentera Australia yang terkorban dalam pertempuran tersebut. Mungkin saiz sungai Kelamah hari ini tidak sebesar pada waktu itu tetapi masih terdapat tiang peninggalan jambatan yang lama. Tindakan berani askar Australia ini telah menjadikan lokasi ini satu peninggalan peristiwa hitam yang penting.


Tiada apa2 kemudahan yang terdapat di sini kerana ia hanya sebuah memorial. Sila baca galeri2 dibawah jika anda ingin baca maklumat asal yang tertulis di papan tanda tersebut.




Jambatan baru sekarang


Mungkin tiang jambatan lama yang masih lagi wujud


Jalan lama ini adalah jalan asal yang digunakan sebelum jalan baru di bina


Pandangan umum Tugu & batu peringatan


Tugu/batu peringatan




Ini yang tertulis di batu peringatan




Papan Tanda Kiri Atas








Papan Tanda Kiri Bawah






Papan Tanda Kanan Atas







Papan Tanda Kanan Bawah



 

 



(C) Copyright 2019. NSTOS.

Comments

Popular Post

Air Terjun Sungai Pertak, Kuala Kubu Baharu, Selangor

Jeram Tengkek, batu Kikir, Kuala Pilah

Mendaki Gunung Kinabalu (Laban Rata ke Puncak) - Bahagian 3