Kuala Linggi, Sungai Linggi dan Jambatan Kuala Linggi, Port Dickson



Jambatan dan jeti berdekatan di Kuala Linggi





Salah satu kawasan memancing yang popular di Negeri Sembilan ialah di Kuala Linggi iaitu berdekatan dengan jambatan Kuala Linggi. Jambatan sepanjang 200 meter yang menghubungkan Kg. Tg Agas (daerah Port Dickson) dan Kuala Linggi (daerah Alor Gajah) merentasi sungai Linggi. 
Sungai ini merupakan sempadan antara Melaka dan NS. Oleh itu, ia juga merupakan port memancing untuk orang2 Melaka.

Jeti yang berdekatan dengan jambatan merupakan salah satu lokasi memancing di kawasan ini dan terdapat banyak bot2 di kawasan jeti ini. Terdapat juga rumah2 bot di kawasan2 berdekatan dengan sungai ini.


Jambatan Kuala Linggi, ramai juga orang memancing di atas jambatan




Terdapat beberapa rumah bot di sepanjang sungai tetapi banyak juga sampah yang tidak sapatutnya terdapat di sungai.


Anda juga boleh menyewa bot untuk pergi memancing


Pokok2 Bakau yang kelihatan masih terpelihara
 
Banyak restoran berdekatan dan kawasan ini menjadi lokasi kunjungan di waktu petang

Terdapat banyak hutan paya bakau yang masih lagi terpelihara di sepanjang sungai dan di sebelah Melaka terdapat satu hutan lipur yang sudah ditutup.

Ramai yang suka memancing di atas jambatan Kuala Linggi, malah lebih ramai pada waktu malam. Tetapi anda tidak digalakkan memancing di atas jambatan kerana ianya menyalahi undang2.

Comments

Popular Post

Air Terjun Sungai Pertak, Kuala Kubu Baharu, Selangor

Jeram Tengkek, batu Kikir, Kuala Pilah

Mendaki Gunung Kinabalu (Laban Rata ke Puncak) - Bahagian 3