Jeram Gading (Hutan Lipur), Jelebu




Mungkin tidak ramai megetahui kewujudan jeram ini kerana terletak di kawasan pedalaman mukim Titi (seperti Jeram Tengkek di Kuala Pilah). Tetapi hasil lawatan menunjukkan jeram ini ditutup dan tidak boleh dimasuki. Kemudah2 yang ada telah rosak dan tidak dijaga. Air terjun yang mengalir juga keruh tetapi mungkin kerana baru hujan.

Pintu pagar pusat rekriasi ini ditutup


Kemudahan2 di pusat rekriasi ini sudah lama ditinggalkan dan mungkin sudah rosak


Kelihatan terdapat pejabat dan dewan/pentas di pusat rekriasi


Kolam juga kelihatan sudah tidak dijaga


Terdapat tandas rosak dan pondok semak di luar

Terletak lebih kurang 23 KM dari pekan Kuala Klawang, jeram ini dahulu adalah laluan jalan sungai untuk ke Pahang yang melalui sungai Kongkoi dan juga untuk ke Lata Kijang. Disebabkan kawasan kemudahan ditutup, jeram ini mungkin sekadar untuk lawatan sahaja atau anda boleh mencari kemudahan sendiri.

Jambatan gantung untuk ke seberang sungai


Air sungai kelihatan keruh mungkin sebab baru lepas hujan




Papan tanda menunjukkan tarikh pada tahun 2010 yang lalu.



Terdapat sebuah kem disini (Kem Jaggernaut) jika anda melalui jambatan ke seberang.  Didapati ada kemudahan yang lengkap untuk menjalankan aktiviti2 seperti di hutan lipur yang lain. Kelihatan surau, tapak perkhemahan, pejabat, tandas dan kemudahan lain disini yang mungkin diuruskan oleh pihak lain. Ianya kelihatan menarik dan mencabar.


Merentasi jambatan ini untuk ke sebuah kem


Kem Juggernaut kelihatan masih baru iaitu 2019


Terdapat dewan terbuka dan pentas di kem ini



Kemudahan surau



Kemudahan Pejabat dan Penginapan



Kemudahan tapak2 perkhemahan. Mungkin ada lagi di dalam.




Comments

Popular Post

Air Terjun Sungai Pertak, Kuala Kubu Baharu, Selangor

Jeram Tengkek, batu Kikir, Kuala Pilah

Mendaki Gunung Kinabalu (Laban Rata ke Puncak) - Bahagian 3