Posts

Showing posts with the label #Jelebu

Gunung Besar Hantu & Air Terjun Lata Kijang, Jelebu

Image
  Terletak dalam Hutan Simpan Kenaboi, Jelebu dimana anda akan melalui Taman Negeri Kenaboi (selepas pondak jaga). Ia mungkin dianggap gunung tertinggi di Negeri Sembilan walaupun puncaknya terletak dalam daerah Pahang sekitar beberapa ratus meter sahaja. Tetapi pendakian lebih 90% melalui daerah Negeri Sembilan. Gunung ini pada mulanya tidak dikenali sehinggalah pada tahun 2013 selepas Taman Negeri Kenaboi dibuka lebih meluas. Anda turut boleh melawat air terjun Lata Kijang yang terletak berdekatan atau boleh terus mendaki gunung. Sekiranya hendak mendaki gunung, anda perlu mendapatkan permit daripada Jabatan Perhutanan Jelebu, Negeri Sembilan yang biasanya dilakukan oleh organisasi yang menjalankan aktviti pendakian berserta dengan jurupandu. Oleh itu, lebih mudah jika pendakian gunung ini diuruskan oleh organisasi lain yang menawarkan pengurusan aktiviti. Gunung ini setinggi hampir 1500M dan terdapat dua puncak utama iaitu Gunung Besar Hantu dan Gunu...

Mendaki Gunung Telapak Buruk, Jelebu, Negeri Sembilan

Image
Mendaki Gunung Telapak Buruk sahaja. Satu lagi cara yang jarang dilakukan adalah mendaki Gunung Telapak Buruk (Pencawang) dari Jalan Besar Pantai-Kuala Klawang. Anda boleh mendaki dengan melalui satu jalan raya kecil (bukannya denai hutan) yang sejauh 13KM!!. Jarak 13KM ini jauh memang memenatkan dan tidak digalakkan mendaki dari sini jika anda tidak biasa!!. Jalan raya kecil ini agak teruk keadaannya untuk dilalui oleh kereta tetapi boleh jika menggunakan 4WD atau motosikal. Simpang memasuki laluan pendakian. Terletak di sempadan Seremban/Jelebu, Jalan Pantai ke Kuala Klawang. Tempat Parking Kenderaan Lokasi permulaan mendaki adalah di sempadan dearah Seremban/Jelebu yang melalui jalan Pantai ke Kuala Klawang. Terdapat satu simpang kecil memasuki Hutan Simpan Berembun yang juga untuk ke Pencawang Telekomuniksi (Digi, Celcom & Maxis). Boleh parking kereta anda di tempat parking berdekatan dan memulakan pendakian dengan memasuki simpang jalan kecil tersebut....

Tempat2 Bersejarah di Pekan Kuala Klawang, Jelebu

Image
Jika anda pernah pergi ke pekan Kuala Klawang di daerah Jelebu, mungkin anda beranggapan pekan ini mati dan tiada apa yang menarik. Tetapi sebenarnya terdapat beberapa monument bersejarah dan tempat menarik yang mungkin boleh anda singgah seperti di bawah:    -    1. Batu Peringatan Jelebu (Jelebu Historical Trail)      Batu Peringatan Inggeris di atas bukit. Perlu menaiki tangga ini. Simpang ke Batu Peringatan di pekan Kuala Klawang. Berdekatan dengan Kuarters Polis.     Terletak bersebelahan dengan masjid jamik Kuala Klawang terdapat sebuah bukit kecil yang di puncaknya ada monument bersejarah pada zaman penjajahan British. Terdapat ruang parking berdekatan dan anda perlu menaiki tangga sekitar 5 ke 10 minit untuk sampai ke atas bukit. Amil kiri untuk ke Batu Peringatan dan juga ke Masjid Jamik Masjid Jamik Kuala Klawang Terdapat ruang parking. -    Apakah sebena...