Tempat2 Bersejarah di Pekan Kuala Klawang, Jelebu
Jika anda pernah pergi ke pekan Kuala Klawang di daerah
Jelebu, mungkin anda beranggapan pekan ini mati dan tiada apa yang menarik.
Tetapi sebenarnya terdapat beberapa monument bersejarah dan tempat menarik yang
mungkin boleh anda singgah seperti di bawah:
- 1. Batu Peringatan Jelebu (Jelebu Historical Trail)
Simpang ke Batu Peringatan di pekan Kuala Klawang. Berdekatan dengan Kuarters Polis. |
Terletak bersebelahan dengan masjid jamik Kuala Klawang terdapat
sebuah bukit kecil yang di puncaknya ada monument bersejarah pada zaman penjajahan
British. Terdapat ruang parking berdekatan dan anda perlu menaiki tangga
sekitar 5 ke 10 minit untuk sampai ke atas bukit.
Amil kiri untuk ke Batu Peringatan dan juga ke Masjid Jamik |
Masjid Jamik Kuala Klawang |
Terdapat ruang parking. |
- Apakah sebenarnya Batu Peringatan ini? Ianya diasaskan
secara bergotong royong pada Jun 1807 bagi menunjukkan kesetiaan penduduk Jelebu
yang terdiri daripada Orang Asli, Melayu, Jawa, Cina, India Dan Serani kepada
Ratu Great Britain. Batu Peringatan ini didirikan di atas sebuah bukit yang
dinamakan Bukit Undang. Dari Bukit ini anda akan melihat hampir keseluruhan
pamandangan pekan Kuala Klawang.
- Selain Batu Peringatan, terdapat binaan seperti
perigi di bukit ini tetapi tidak diketahui fungsinya. Terdapat juga kemudahan
pondok rehat. Hanya itu sahaja kemudahan yang ada iaitu pondok rehat. Anda
boleh melakukan aktiviti lawatan dan riadah di bukit ini. Jika anda melalui
pekan Kuala Klawang, berbaloi juga singgah di sini kerana pemandangan indah di
atas bukit ini sesuai untuk bergambar. Syabas diucapkan kepada kerajaan yang
mengambil inisiatif untuk menaiktaraf kemudahan di lokasi ini.
5 hingga 10 minit diperlukan untuk panjat tangga ini. |
Pondok terdapatnya batu peringatan. |
Pemandangan indah pekan Kuala Klawang dari atas bukit |
Tulisan di batu peringatan. |
Kelihatan berberapa struktur sedang dibina |
Tidak diketahui apakah fungsi perigi ini |
Terdapat jalan masuk lain ke bukit ini |
2. Makam Moyang Salleh.
Mungkin anda tertanya2
apakah yang terdapat di sini. Terletak 1 KM dari pekan Kuala Klawang, di tepi
jalan menghala ke Simpang Pertang. Makam ini adalah makam seorang pembesar yang
merupakan pengasas kepada Institusi Undang diLuak Jelebu. Pada zaman
pemerintahan Moyang Salleh sekitar tahun 1757, luak Jelebu telah dibebaskan dari
jajahan Sultan Johor.Sultan Johor telah menganugerahkan beliau gelaran Dato
Menduleka Menteri Akhir Zaman Sultan Jelebu dan beliau menjadi Raja. Tarikh
beliau meninggal dunia tidak dapat dikenalpasti. Perjuangan beliau untuk
memerdekakan Jelebu adalah sesuatu usaha yang hebat dan makam ini dibina
sebagai memperingati jasa tersebut.
- Tetapi tiada apa yang menarik di makan ini
kerana ianya hanyalah makam sahaja. Tidak terdapat monument lain kecuali ada sebuah
meriam di atas bukit bersebelahan dengan makan ini.
Makam Moyang Salleh |
Mungkin terdapat batu menggalit di sini |
Meriam yang terdapat bersebelahan tidak jauh dari makam |
3. Masjid Kuala Dulang.
Merupakan masjid tertua di
Jelebu yang dibina di tepi sungai. Diasaskan oleh dua ulama besar Minangkabau pada
abad ke 16. Mereka telah meneroka perkampungan ini yang kemudiannya dinamakan
kampung Peninjau.Pada mulanya, masjid ini adalah bangsal beratap ijuk yang
dijadikan tempat mereka berteduh (Dato Nika dan Mudim Khatib Raja). Nama masjid
ini diambil sempena peristiwa kemunculan dulang makanan yang tidak diketahui
siapa pemiliknya. Makanan tersebut mencukupi untuk dimakan oleh ramai orang.
- Tetapi masjid lama tidak lagi wujud kerana
masjid ini adalah masjid yang telah dinaik taraf kepada moden. Mungkin hanya tapak
masjid sahaja di tempat yang sama.
Terletak di pekan Jelebu dan
merupakan muzium empat tingkat yang menceritakan tentang sejarah adat. Muzium
ini adalah yang paling menarik untuk dilawati. Klik untuk maklumat lanjut.
(
(C) Copyright 2019. NSTOS.
(C) Copyright 2019. NSTOS.
Batu peringatan pada Jun 1897
ReplyDeleteBukan 1807 !