Hutan Lipur Gunung Nuang, Pangsun, Hulu Langat, Selangor


Baru dibuka semula pada 1 September 2019. Mungkin boleh dianggap hutan lipur paling 'steady' kerana kemudahannya di jaga dengan baik. Terletak di Kg. Pangsun, Hulu Langat, Selangor dan berada paling hujung sekali. Hutan Lipur Gunung Nuang merupakan lokasi permulaan untuk mendaki Gunung Nuang yang melalui Kem Lolo. Hampir semua pengunjung yang datang ke hutan lipur ini bertujuan untuk berkhelah di Kem Lolo atau mendaki Gunung Nuang. 

Memasuki Kampung Pangsun dan ke Hutan Lipur


Loji Rawatan Air Sungai Langat terletak bersebelahan
 



Kem Lolo terletak sekitar 6KM dari hutan lipur ini sementara puncak Gunung Nuang pula pada jarak hampir 13 KM. Untuk sampai ke Kem Lolo sahaja anda perlu mengambil masa hampir 2 jam sementara untuk ke puncak Gunung Nuang sekitar 6 hingga ke 7 jam.

Aktiviti yang boleh dilakukan di sini adalah mendaki Gunung Nuang dan berkhelah di Kem Lolo. Oleh itu tiada apa2 perkara yang boleh dilakukan di hutan lipur selain daripada berehat. Aktiviti hanya boleh dilakukan apabila anda merentas hutan menuju ke Kem Lolo untuk bermandi manda dan berkhelah.

Kemudahan yang terdapat di sini lengkap, seperti tandas, surau, chalet, dewan terbuka, pejabat dan tempat parking kereta. Cuma kedai makan kecil hanya dibuka pada hujung minggu sahaja.

Terdapat lokasi perkhelahan bersebelahan dengan Loji Air tetapi sudah lama ditinggalkan

Trek mula mendaki dan untuk ke Kem Lolo


Ruang parking kereta yang luas tetapi penuh juga ketika hujung minggu


Kemudahan Pejabat, Pondok Rehat, Chalet & Dewan Terbuka


Kemudahan Tandas yang dijaga dengan baik


Pondok rehat & Pondok Renjer


Kemudahan Surau Klasik

Kedai makan kecil yang dibuka pada hujung minggu sahaja


Trek mendaki ditutup semula sementara waktu dari 1 Disember 2019 hingga 31 Januari 2020 kerana musim hujan. Harap bersabar.

Kemudahan di sini di jaga dengan baik dan bersih tidak seperti kebanyakan hutan lipur yang lain. Bayaran mandi & tandas langsung tidak dikenakan. Permit mendaki juga hanya RM 1 (sebelum tahun 2018) yang merupakan paling murah setakat ini. Mungkin kemudahan ini terjaga kerana Staf yang bagus dan satu sebab lagi ialah hutan lipur ini hanya dikunjungi oleh pendaki2 & pengambara2 berpengalaman yang mahu ke Kem Lolo atau Gunung Nuang yang agak sukar. Jika hutan lipur ini dilawati bila2 masa oleh semua orang, tentu cepat jahanam semua kemudahan.

Hutan Lipur ini tiada pengunjung pada tahun 2018 hingga akhir 2019 kerana pendakian Gunung Nuang ditutup sementara akibat kejadian kemalangan yang berlaku pada akhir tahun 2017. Walaupun sekadar untuk ke Kem Lolo sahaja pun tidak dibenarkan kerana dikhuatiri ada yang akan mendaki nanti. Ianya dibuka semula pada bulan Sep 2019. Terdapat Loji Air dan Empangan Sungai Langat berdekatan hutan lipur ini.

Comments

Popular Post

Air Terjun Sungai Pertak, Kuala Kubu Baharu, Selangor

Jeram Tengkek, batu Kikir, Kuala Pilah

Mendaki Gunung Kinabalu (Laban Rata ke Puncak) - Bahagian 3