Berkaitan dengan Pelancongan, Eko-Pelancongan & Sukan.
Bukit Batu Sawa, Kg. Peradong, Kuala Klawang, Jelebu
Get link
Facebook
X
Pinterest
Email
Other Apps
Puncak Bukit Batu Sawa. Setinggi 333 M.
Lokasi yang sesuai untuk bergambar, ada banyak.
Terletak di Kampung Peradong, Kuala Klawang, Jelebu. Bukit
Batu Sawa terkenal dengan pemandangan cantik pada waktu pagi selepas matahari
terbit iaitu antara pukul 6.30 hingga 8 pagi. Kabus atau lebih popular ‘awan
karpet’ menyelubungi persekitaran sehingga ianya hilang sedikit demi sedikit
pada jam 8 pagi. Pemandangan ‘awan karpet’ inilah yang menjadi tarikan utama
pendaki pada waktu pagi.
Terdapat dua laluan untuk mendaki bukit ini iaitu melalui
Kampung Peradong dan Estet Felcra. Kebiasaannya pendaki akan menggunakan laluan
Peradong yang lebih mudah. Laluan Estet Felcra memerlukan perjalanan yang agak
jauh sekitar 3 ke 4 KM dan semestinya melalui ladang getah.
Tiada kemudahan disediakan di sini kerana ianya masih baru
dan bukanlah lokasi pelancongan yang didaftarkan di bawah pelancongan Negeri Sembilan.
Jika anda mendaki melalui Kampung Peradong adalah lebih mudah. Panduannya
adalah seperti di bawah. Tetapi lihat dahulu pemandangan indah di puncak.
1. Mendaki Dari Kampung Peradong
Peta lokasi Kg Peradong dari pekan Kuala Klawang
Lihat peta di atas, sekiranya anda dari pekan Kuala Klawang, ambil jalan menuju ke
Simpang Pertang yang akan melalui Kg. Peradong. Sekitar 10KM anda akan melihat
Dewan Serbaguna Kg Peradong di sebelah kanan dan kemudian akan nampak papan
tanda simpang Bukit Batu Sawa disebelah kiri.
Simpang ke Bukti Batu Sawa
Simpang Y. Ambil kiri.
Masuk ke Simpang Bukit Batu Sawa. Terus dan anda akan
berjumpa dengan persimpangan Y. Ambil kiri kerana ramai orang tersilap
mengambil kanan. Teruskan perjalanan sehingga anda berjumpa dengan tempat parking kereta. Sekiranya anda parking di sini, anda perlu berjalan hampir 1KM
untuk ke starting point. Tetapi di starting point, ruang parking adalah terhad
kecuali jika datang awal pada waktu awal pagi. Boleh mula mendaki dari starting
point ini yang melalui ladang getah. Tempoh pendakian adalah sekitar 1 jam.
Tempat parking kereta. RM 3 ringgit sekali bayar. Ini tanah orang kampung.
Terus menuju ke starting point melalui jalan batu sekitar 1 KM.
Kawasan starting point ada parking yang terhad. Sebelah kanan starting point.
Starting point mendaki Bukit Batu Sawa. Mula2 melalui Ladang Getah.
Trek pendakian agak mudah. Mula mendaki dari starting
point ini yang melalui Ladang getah, Pencawang Elektrik, CP1, CP2, CP3 dan Puncak. Tempoh pendakian adalah hampir 1 jam.
2. Mendaki Dari Estet Felcra
Jalan masuk ke Estet Felcra berdekatan selekoh tajam.
Jika anda mahu mendaki melalui Estet Felcra, anda perlu masuk ke simpang kiri sebelum Kampung Peradong. Dari pekan Kuala Klawang anda ambil laluan
menghala ke Simpang Pertang tetapi sekitar 6 KM, anda akan melihat simpang ke
kiri yang menghala ki Titi. Masuk ke simpang tersebut. Berhenti di suatu
selekoh lebih kurang 5 KM dari simpang tiga tadi.
Laluan masuk ke Estet Felcra berdekatan selekoh tajam. Parking kereta di sini.
Anda perlu parking kereta di tepi jalan besar ini kerana
tidak boleh di bawa masuk ke dalam. Mulakan perjalanan masuk ke dalam estet. Lihat gambar2 di bawah sebagai panduan.
Teruskan perjalanan anda ke dalam dengan
memasuki Estet Felcra
Ambil kanan dan anda akan melalui kawasan Ladang Durian.
Kemudian anda akan berjumpa dengan satu bangunan batu yang mungkin tempat
pengumpulan getah. Ambil kiri dan teruskan perjalanan sehingga anda menjumpai
simpang empat yang mengelirukan.
Simpang empat yang mengelirukan. Ambil laluan kiri dan terus sehingga anda berjumpa
dengan simpang Y
Simpang Y. Ambil kiri dan terus sehingga anda berjumpa dengan sebuah pondok
kayu.
Teruskan perjalanan dengan mengambil laluan kanan.
Pondok
kayu di sebalah kanan. Ini bermakna anda sudah tidak jauh dari starting point.
Jika tidak bejumpa dengan pondok kayu ini bermakna anda
telah salah jalan. Pondok Kayu ini penting sebagai tanda jalan yang betul.Jika jumpa, terus dan sekitar 300 M anda akan berjumpa dengan simpang ke
kiri untuk masuk ke hutan (Seperti U turn).
Simpang ke
kiri untuk masuk ke hutan (Seperti U turn kiri)
Masuk ke laluan denai ini untuk
berjumpa dengan starting point masuk ke hutan
Starting Point denai masuk ke hutan. Dari starting point ini sebenarnya
anda sudah dekat. Lebih kurang 20 minit pendakian anda akan sampai ke puncak
Bendera Malaysia. Sudah hampir ke puncak.
Sampai ke puncak
Bukit Batu Sawa dengan menemui batu putih dahulu.
Amaran : Mendaki melalui Felcra mungkin boleh menyebabkan anda
tersesat kerana trek agak mengelirukan. Gunakan GPS (puncak bukit) dan blog ini sebagai panduan. Kami
tidak bertanggungjawab atas segala kesulitan yang berlaku. Sebarang cadangan & komen dialu2kan.
Jeram Utama untuk mandi manda di Kawasan Perkhelahan Sungai Pertak Terletak selepas Perkampungan Orang Asli Sungai Pertak, Kuala Kubu Baharu, Hulu Selangor. Selepas memandu sekitar 15 KM dari pekan KKB (Kuala Kubu Baharu), melalui kawasan Empangan dan Tasik Sungai Selangor yang indah, kemudian anda akan melepasi Jambatan panjang dan belok kanan untuk ke sini. Bayaran masuk adalah RM 1 sahaja yang dibayar di Pondok Kawalan orang asli. Kawasan ini merupakan lokasi untuk berkhelah, bermandi manda dan perkhemahan berkonsepkan alam semulajadi. Air Terjun, Jeram dan Sungai yang mengalir memberikan anda satu suasana yang menarik. Anda boleh datang ke sini untuk memasak BBQ dan bersantai sambil menikmati keindahan alam. Tetapi kawasan ini tidak dibangunkan menjadi Taman Eko Rimba atau Hutan Lipur setakat ini. Oleh itu, kemudahan asas seperti Tandas, Pondok Rehat, Pejabat dan lain-lain tidak disediakan. Hanya kemudahan Parking sahaja yang baru disediakan. Mungkin pada masa akan datang, lebih ba
Lokasi Jeram ini agak jauh ke pedalaman di Daerah Kuala Pilah dan berdekatan dengan perkampungan orang asli Kg Guntur, Batu Kikir. Sesiapa yang pertama kali datang pasti akan berasa hairan dengan jarak perjalanan yang masuk ke dalam hutan dara. Anda juga akan melalui perkampungan orang asli. Jeram ini sebenarnya mempunyai air terjun yang menarik dan sesuai untuk bermandi manda ditambah pula dengan sumber airnya yang bersih. Sebenarnya jeram ini telah dinaiktaraf selepas tahun 2010 kerana banyak kemudahan yang rosak pada ketika itu. Kerja2 menaiktaraf terus dijalankan sehingga tahun 2016. Tangga menuju ke pejabat Jeram & air terjun di kawasan bawah hutan rekriasi Mercu dan papan tanda penerangan ini mungkin sudah berusia lebih 20 tahun. Tetapi kehadiran pengunjung ke jeram ini agak kurang mungkin kerana lokasinya yang agak jauh ke pedalaman. Sebenarnya, situasi terpencil ini yang menyebabkan jeram ini agak menarik untuk dikunjungi. T erletak d
Dari Peta Pendakian, anda sekarang berada di Laban Rata (KM6). Baiklah, anda telah mengetahu operasi pendakian anda yang bermula dari Kinabalu Park pada Bahagian 1 . Kemudian anda memulakan pendakian dari Timpohan Gate ke Laban Rata pada Bahagian 2 . Anda seterusnya berehat dan bermalam di Campsite Laban Rata. Seterusnya adalah Bahagian 3... Meneruskan Pendakian Dari Laban Rata Ke Puncak. Sekarang anda sudah berada di Laban Rata yang merupakan Camp Site atau Rumah Rehat/Asrama sementara untuk menunggu perjalanan ke puncak. Laban Rata adalah lokasi KM6 sementara Puncak Gunung Kinabalu berada pada KM8.72. Bermaksud, ada sekitar 2.72 KM lagi perjalanan anda. Masa yang diambil untuk sampai ke puncak adalah sekitar 4 jam. Kebiasaannya, pendaki akan tidur awal pada jam 9 malam dan akan bangun awal untuk mendaki pada jam 1 hingga 2 pagi nanti. Mengapa perlu mendaki awal? Ini disebabkan pada waktu awal pagi, angin bertiup di kawasan puncak tidak begitu kuat. Pendaki perlu mendaki dan berada di
Comments
Post a Comment