Stesen Keretapi Lama Gemas & Bahau, Negeri Sembilan

Papan tanda 'lama' di Stesen Keretapi Lama Gemas. (era 70-80an).
 
Papan tanda 'baru' di Stesen Keretapi Lama Gemas. (era 90an)


Stesen keretapi Gemas adalah penting kerana ia menghubungkan laluan Utara, Barat, Selatan dan Pantai Timur di Semenanjung Malaysia. Stesen ini terletak di pekan Gemas, Negeri Sembilan yang bersempadanan dengan daerah Segamat, Johor. Gemas menjadi stesen keretapi elektrik penghujung yang menghubungkan sektor utara dan barat. Sektor selatan dan pantai timur masih lagi belum mengunakan elektrik. Tetapi laluan Selatan sedang giat menjalankan projek landasan berkembar.


Stesen Keretapi Gemas yang baru serba langkap.



Stesen baru telah siap dan gah dibina pada tahun 2013 dengan kemudahan yang lebih lengkap serba moden. Stesen keretapi lama masih lagi ditinggalkan sebagai kenangan dan terletak betul2 di sebelah stesen baru. Di pekan Gemas yang boleh dianggap pekan koboi yang jauh dari bandar, Stesen Lama Gemas bukanlah sesuatu yang menarik untuk melawat.


Stesen keretapi lama yang dibina pada tahun 1906 sebenarnya telah mengalami banyak perubahan dan pengubahsuaian sehingga dihentikan pada tahun 2013. Kini ia menjadi kedai makan ataupun medan selera kecil. Walaupun telah kelihatan usang dan rapuh, ianya masih mampu berdiri megah mungkin untuk beberapa tahun lagi. Masih lagi terdapat binaan bangunan dan peralatan lama di stesen ini. Sila lihat galeri2 di bawah ini:



Situasi di Platform stesen lama
 
Ditengah2 stesen ini terdapat kedai makan.

Pejabat & Kantin lama.


Pandangan stesen dari jauh.




Keretapi Kren pameran ini juga sudah usang.

Mengimbas sejarah stesen ini, ia telah berusia lebih 100 tahun. Struktur stesen lama ini bukanlah sama seperti mula2 dibina dahulu kerana telah dinaiktaraf pada tahun 90an. Sebelum ini terdapat sebuah kepala dan beberapa gerabak yang dipamerkan tetapi mungkin telah dialihkan. Oleh itu, tiada lagi elemen klasik untuk bergambar.


Tiada apa yang menarik di stesen lama kecuali hanya sebagai kedai makan. Ianya tidak dibangunkan menjadi muzium atau pusat sumber maklumat tetapi hanya terbiar begitu sahaja. Adalah diharapkan pihak KTMB boleh menjadikan stesen ini sebagai muzium atau galeri KTMB kerana stesen ini sesuai dan menyimpan banyak sejarah.


Peta lama keretapi di Negeri Sembilan.




Berbaloikah untuk melawat ke stesen ini? Itu bergantung kepada anda. Mungkin tidak kerana tiada sebarang pameran menarik di sini. Yang ada hanyalah stesen usang keretapi lama yang ditinggalkan. Jika anda mahu mengeteh, silakan singgah di kedai makan di tengah2 stesen.






Stesen Keretapi Bahau


Stesen Keretapi Bahau menjadi satu2nya stesen yang tidak menggunakan keretapi elektrik di Negeri Sembilan (hanya enjin diesel). Stesen ini telah pun dinaiktaraf menjadi moden pada tahun 2013. Namun, hanya keretapi ke Pantai Timur/Selatan akan melalui stesen ini yang menyebabkan ia tidak sibuk seperti stesen Gemas. Tambahan pula, tiada keretapi elektrik yang boleh melaluinya. 

Stesen ini bukanlah destinasi pelancongan tetapi ianya melihatkan industri keretapi di Malaysia yang suram. Lihat galeri2 di bawah:














(C) Copyright 2019. NSTOS.

Comments

Popular Post

Air Terjun Sungai Pertak, Kuala Kubu Baharu, Selangor

Jeram Tengkek, batu Kikir, Kuala Pilah

Mendaki Gunung Kinabalu (Laban Rata ke Puncak) - Bahagian 3