Bukit Kepayang, Taman Bukit Kepayang, Seremban 2.


Peta Bukit Kepayang.

Lokasi bukit kecil ini adalah berdekatan dengan Taman Bukit Kepayang, Seremban 2. Ianya tidak jauh dari Tesco Seremban 2. Anda boleh melihat Bukit ini dipersimpangan empat berdekatan dengan Tesco. Bukit Kepayang hanya berketinggian sekitar mungkin 250 M. Tetapi jika anda berada di puncak, anda dapat melihat pemandangan Bandar Seremban.

Lokasi pendakian paling popular dari Taman Bukit Kepayang. Ada tempat parking kereta.



Peta laluan pendakian tetapi kurang jelas.


Terdapat banyak trek untuk mendaki Bukit ini tetapi yang paling popular adalah melalui Taman Bukit Kepayang kerana di sini terdapat ruang parking yang lebih luas dan mudah untuk didaki. Anda hanya perlu terus sahaja untuk mendaki ke puncak menggunakan laluan yang paling mudah. Sebenarnya laluan pendakian terlalu banyak sehingga akan mengelirukan sesiapa yang tidak pernah mendaki. Tetapi laluan dari sini hanya perlu terus sahaja untuk sampai ke puncak.

Pendakian dari Taman Bukit Kepayang hanya mengambil masa sekitar 1 jam untuk sampai ke puncak. Di puncak terdapat Tokong, Kuil, kerusi rehat dan kawasan lapang untuk berehat. Puncak bukit adalah seperti permatang yang panjang dan anda boleh memilih lokasi yang ingin berehat. Tetapi pada waktu tengahari agak panas kerana tiada pokok.




Puncak bukit agak luas dan banyak kawasan.
 

Tokong dan Kuil

 
Pemandangan bandar Seremban ada di sebelah kiri dan kanan.

 
Pemandangan bandar Seremban ada di sebelah kiri dan kanan.








Ramai penduduk setempat menjadikan bukit ini sebagai tempat beriadah pada waktu pagi dan petang kerana lokasi dan treknya yang mencabar serta berdekatan dengan kawasan perumahan mereka. Ada juga pengunjung yang memilih untuk mendaki bukit ini pada waktu malam terutama pada hujung minggu atau percutian sempena sambutan tahun baru dan kemerdekaan. Tujuan mereka adalah untuk berkhelah dan melihat percikan bunga api.

Anda juga boleh mendaki Bukit Kepayang menggunakan jalan raya kecil yang terletak di persimpangan jalan dari Sendayan. Laluan jalan raya ini tidak melalui denai dan boleh digunakan untuk beriadah. Terdapat tempat parking kereta yang luas sebelum melalui jalan kecil ini.


Terdapat laluan jalan raya kecil ke kuil Kanni Kovil di puncak.
 

Comments

Popular Post

Air Terjun Sungai Pertak, Kuala Kubu Baharu, Selangor

Jeram Tengkek, batu Kikir, Kuala Pilah

Mendaki Gunung Kinabalu (Laban Rata ke Puncak) - Bahagian 3