Taman Negeri Kenaboi, Jelebu


Perjalanan menuju ke Taman Kenaboi mempersonakan dan melalui perkampungan orang asli.




Terletak kira-kira 100KM dari Bandar Seremban dan 63KM di pekan Jelebu, hutan simpan ini terletak berdekatan dengan perkampungai orang asli. Malah orang asli ramai kelihatan disini dan menjalankan aktiviti harian mereka. Kampung mereka dikenali sebagai Kg Tohor, Kg London dan Kg Nap.



Perkampungan Orang Asli yang terdapat di sini berada di pedalaman.


Hutan simpan ini terletak di penghujung Banjaran Titiwangsa bersempadanan dengan tiga negeri iaitu Negeri Sembilan, Selangor dan Pahang. Dahulunya ini merupakan lokasi kegemaran untuk aktiviti 4x4 yang kemudiannya akan melalui Lembah Jemaloi.

Terdapat air terjun (Sungai Kenaboi) yang datang dari sungai Kering. Ia merupakan air terjun terbesar di Negeri Sembilan. Air terjun ini juga merupakan daya tarikan utama di sini. Namun di kawasan ini tidak terdapat isyarat talian talifon (Maxis & Digi) atau mungkin lemah. Walaubagaimanapun, mungkin pada masa akan datang terdapat coverage talifon mudah alih yang baik.

Melalui Ladang Getah

Terdapat Kem dan laluan 4X4 berdekatan Taman Negeri Kenaboi.
 




Pintu pagar masuk ke Taman Negeri Kenaboi, Air Terjun Lata Kijang & Gunung Besar Hantu


Bolehkah masuk kereta di sini? Terdapat jalan kecil yang boleh dilalui kereta tetapi melalui jalan selepas jalan raya utama agak berlubang dan pecah-pecah. Sekiranya hujan, mungkin kereta agak sukar untuk melalui dan boleh merosakkan kereta. Sekiranya anda mahu ambil risiko tiada masalah tetapi lebih baik jika anda membawa 4x4 seperti Hilux atau Navara kerana lebih sesuai.


Jalan yang berlubang dan becak agak sukar untuk kereta. Lebih sesuai menggunakan 4X4.




Pintu masuk ke Taman Alam Liar Negeri yang agak terpencil.




Pejabat yang terdapat di Taman hutan ini.


Aktiviti yang boleh dilakukan disini adalah bermandi-manda (berenang), berkhelah, merentas hutan, menjalankan penyelidikan, melawat ke air terjun Lata Kijang dan mendaki Gunung besar Hantu. Taman Negeri ini dibuka setiap hari dari 8 pagi hingga 6 petang. Kemudiahan yang disediakan ialah tandas, surau, tapak perkhemahan, chalet, dewan makan/terbuka, pejabat, dorm dan bilik kuliah.



Jambatan gantung merentasi sungai


Air yang jernih, segar dan sejuk sangat seronok untuk bermandi manda


Sungai Kenaboi ini mungkin dari air terjun terbesar di Negeri Sembilan



Kem Motivasi dan bina Semangat sesuai dijalankan di sini kerana lokasinya yang terpencil dan kemudahan yang sangat memberangsangkan. Kebanyakan pelancong tempatan yang melawat kawasan ini kerana untuk mendaki Gunung besar Hantu dan Air Terjun Lata Kijang. Kem ini dijadikan lokasi persediaan atau persinggahan sebelum atau selepas mandaki.




















 


Comments

Popular Post

Air Terjun Sungai Pertak, Kuala Kubu Baharu, Selangor

Jeram Tengkek, batu Kikir, Kuala Pilah

Restoran Tanah Aina Fareena Cafe, Lebuhraya Karak, Bentong, Pahang