Kedai Makanan Salai di Negeri Sembilan


Walaupun kaedah masakan ini sudah lama wujud, tetapi industri makanan Salai telah berkembang dengan pesatnya di Negeri Sembilan sejak beberapa tahun ini. Antara kawasan2 yang sering menjadi kunjungan orang ramai pada hujung minggu adalah:
  • Susur keluar Toll Pedas/Linggi, 
  • Laluan Kota ke Rembau dan 
  • Laluan Ulu bendul ke Tanjung Ipoh, Kuala Pilah.



Apakah yang menarik tentang Masakan Salai ni??

Konsep masakan Salai seperti namanya, adalah lebih kurang macam keadah panggang secara perlahan. Tetapi kaedah salai adalah separuh masak tidak seperti panggang yang akan menyebabkan makanan dipanggang sehingga masak.Salai akan menyebabkan lemak dan minyak haiwan tersebut dibuang. Bahan salai tidak kira Itik, Ayam, Ikan,Burung Puyuh atau Daging. Ia bergantung kepada citarasa sesorang. Kebiasaannya itik dan ayam menjadi pilihan. Salai hanya separuh masak dan selepas itu, akan di masak dengan kaedah masak lemak atau gulai cili api. Terdapat juga salai yang dimasak rendang. Bergantung kepada kehendak pelanggan.



 

Apabila disalai, bahan selai tersebut (tidak kira itik, ayam, ikan dan lain2) akan mempunyai rasa yang lebih sedap tambahan pula dimasak lemak atau rendang. Rasanya memang enak kerana daging yang kebih empuk dan mampat. Tidak dapat digambarkan kesedapannya kecuali anda sendiri yang rasa. Disebabkan sedap, kedai masakan salai penuh dengan pengunjung setiap masa tidak kira usia muda atau otai. Ramai orang meminati masakan salai dan kunjungan mereka seperti datang ke kenduri kahwin. Pengunjung datang tidak putus2 seperti ada majlis kenduri disitu.

Tetapi ingat bahawa kedai2 masakan salai selalunya dibuka waktu siang dan makan tengahari sahaja. Mungkin untuk makan malam akan dibuka pada masa2 akan datang.

 




Kedai2 Popular Masakan Salai di Negeri Sembilan.


1. Kedai Masakan Salai di Tol Pedas/Linggi : 

Sabak Salai & Treena Ikan Salai. Ada beberapa kedai baru dibuka.

Image result for sabak salai rembau



Selepas keluar tol Pedas/Linggi terdapat kedai Salai yang popular dan semakin bertambah. Mungkin pengunjung yang datang adalah daripada Lebuhraya yang singgah untuk menikmati masakan enak ini. Belok ke kiri sekitar 200 M anda akan berjumpa kedai masakan salai di sebelah kiri. Jika belok ke kanan, anda perlu memandu sekitar 2 KM untuk sampai ke kedai masakan salai Sabak Salai& Treena Ikan Salai.
Semestinya mereka mempunyai laman FB sendiri.










2. Kedai Itik Salai di Kuala Pilah : 
Zaini Salai. Banyak juga gerai2 kecil dibuka untuk ‘take away’.
 






Kampung Ulu Bendol, Terachi dan Tanjung Ipoh memang terkenal dengan kedai2 Salai dari dahulu lagi tetapi sejak kebelakangan ini ianya semakin menjadi trendy dimana ramai orang suka untuk singgah makan. Jika anda melalui jalan Seremban-Kuala Pilah, selepas Ulu Bendul pasti anda akan melihat kedai2 makanan salai yang tidak putus2 samada restoran, gerai atau kedai2 kecil yang menjual masakan Salai. Antara yang popular adalah Zaini Salai.



        


3. Kedai Itik Salai di Rembau : 
Salai Gunung Pasir. Ada juga gerai2 Salai di tepi jalan.






Laluan dari Alor Gajah ke pekan Rembau terutamanya di Kampung Kota mempunyai banyak kedai masakan Salai. Antara yang paling popular adalah Salai Gunung Pasir yang terletak berhadapan dengan Istana Lama Undang Rembau & sebuah kedai Frozen.








Lokasi2 Lain

Bagaimanapun, lokasi2 lain di Negeri Sembilan samada di Bahau, Jempol atau Kuala Klawang, kedai2 masakan Salai sudah mula wujud sedikit demi sedikit. Akan datang mungkin penduduk tempatan akan membuka restoran masakan Salai.


Sekiranya anda tidak pernah singgah atau mahu singgah ke kedai makanan salai di Negeri Sembilan, boleh pilih lokasi yang anda akan lalui samaada di Pedas/Linggi, Kuala Pilah atau Rembau. Ramai orang yang sanggup keluar susur tol Pedas/Linggi semata2 untuk menikmati masakan salai yang enak. Tetapi kedai2 ini hanya dibuka pada waktu siang sahaja untuk makan tengahari. Jarang kelihatan kedai2 ini dibuka pada waktu malam dan awal pagi.


Tidak kiralah anda suka salai itik, ayam, burung puyuh, daging atau ikan. Selamat Menikmati keenakan masakan salai. 



(C) Copyright 2019. NSTOS.

Comments

Popular Post

Air Terjun Sungai Pertak, Kuala Kubu Baharu, Selangor

Jeram Tengkek, batu Kikir, Kuala Pilah

Mendaki Gunung Kinabalu (Laban Rata ke Puncak) - Bahagian 3