Hutan Lipur De Bana, Serting, Jempol
Sesetengah pengunjung beranggapan bahawa hutan lipur ini sudah tidak wujud
kerana terbinanya kem PLKN di kawasan jalan masuk sejak tahun 2006. Tetapi
sebenarnya terdapat laluan lain untuk masuk ke hutan lipur ini. Dengan lain
perkataan ialah mengikut pintu belakang. Anda perlu masuk simpang sebelum
simpang asal ke PLKN (jika dari Bahau) dan melalui ladang getah sekitar 2 KM
sebelum sampai ke hutan lipur.
Lokasi kawasan ini terletak 18 kilometer dari Pekan Serting melalui Jalan Bahau-Serting dan 96 kilometer dari Bandar Seremban.
Lokasi kawasan ini terletak 18 kilometer dari Pekan Serting melalui Jalan Bahau-Serting dan 96 kilometer dari Bandar Seremban.
Simpang ke hutan lipur melalui ladang getah sejauh 2 KM |
Selamat datang ke hutan lipur melalui pintu belakang |
Terdapat air terjun dan jeram kecil di hutan lipur ini yang
datang dari bukit berdekatan. Daya tarikan utama adalah air terjun kecil ini
tetapi tiada daya tarikan khusus yang lebih menarik. Ini mungkin menyebabkan
hutan lipur ini mati dan tidak meriah. Selain itu, pembinaan kem PLKN
menyebabkan laluan masuk utama dihalang dan pengunjung akan keliru dan tidak
dapat masuk. Tambahan pula tiada papan tanda yang ditunjukkan. Samada laluan melalui
ladang getah adalah laluan persendirian tidak dapat dipastikan. Hanya menurut penduduk, kebenaran telah diberi.
Penerangan tentang hutan lipur ini yang dibina pada masa dahulu ketika era 90 an |
Pintu pagar masuk ke kem PLKN dari belakang |
Tidak dapat dipastikan perumahan ini untuk siapa. Mungkin peninggalan semasa zaman PLKN dahulu. |
Seperti kebanyakan hutan lipur yang lain, kemudahan lengkap
ada di hutan lipur ini tetapi banyak yang sudah tidak boleh digunakan kerana
sudah usang. Ini mungkin disebabkan kekurangan pengunjung yang datang lalu
kemudahan kurang digunakan dan menjadi usang.
Kemudahan seperti Tapak Perkhemahan, tandas, pondok rehat
dan tempat parking masih ada. Kemudahan sepeti surau dan pejabat dilihat sudah
usang. Mungkin kerana kedudukan hutan lipur ini yang terpencil menyebabkan
tidak ramai pengunjung yang datang dan juga sebab2 di atas tadi.
Kolam kecil |
Air Terjun dan Jeram kecil untuk mandi |
Air terjun kecil mengalir dari atas bukit |
Terdapat trek mendaki yang kelihatan sudah lama tidak digunakan |
Kolam tadahan air ini mungkin untuk kegunaan kem PLKN |
Dikatakan bahawa hutan lipur ini kaya dengan pokok2 herba
seperti Tongkat Ali dan Kacip Fatimah kerana ia berada berdekatan Hutan Simpan
Pasoh. Hutan Lipur de Bana dibuka dari pukul 7.00 pagi hingga 6.00 petang.
Untuk perkhemahan dan bermalam, sila berhubung dengan Pejabat Hutan
Daerah. Tiada bayaran masuk dikenakan kepada pengunjung. Mungkin pada masa2 akan datang hutan lipur ini akan dihidupkan semula
kerana semakin ramai orang yang melalui jalan Serting/Bahau ke Kemayan.
Kemudahan surau tetapi ditutup |
Jambatan kayu ke Tapak Perkhemahan. Pondok rehat di sebelah telah roboh. |
Kemudahan tandas masih terjaga |
Pondok2 rehat masih terjaga |
Tapak2 perkhemahan kelihatan sudah lama tidak digunakan |
Comments
Post a Comment