Hutan Lipur De Bana, Serting, Jempol

Pintu masuk ke Hutan Lipur tetapi sebenarnya ke kem PLKN Kem PLKN De bana yang tidak berpenghuni Sesetengah pengunjung beranggapan bahawa hutan lipur ini sudah tidak wujud kerana terbinanya kem PLKN di kawasan jalan masuk sejak tahun 2006. Tetapi sebenarnya terdapat laluan lain untuk masuk ke hutan lipur ini. Dengan lain perkataan ialah mengikut pintu belakang. Anda perlu masuk simpang sebelum simpang asal ke PLKN (jika dari Bahau) dan melalui ladang getah sekitar 2 KM sebelum sampai ke hutan lipur. Lokasi kawasan ini terletak 18 kilometer dari Pekan Serting melalui Jalan Bahau-Serting dan 96 kilometer dari Bandar Seremban. Simpang ke hutan lipur melalui ladang getah sejauh 2 KM Selamat datang ke hutan lipur melalui pintu belakang Terdapat air terjun dan jeram kecil di hutan lipur ini yang datang dari bukit berdekatan. Daya tarikan utama adalah air terjun kecil ini tetapi tiada daya tarikan khusus yang lebih menarik. Ini mungkin menyeba...