Kompleks Nelayan Sungai Timun, Rembau


Simpang kiri ke Pangkalan Nelayan Sungai Timun dari Lubuk China.




Seperti juga di Pengkalan Kempas, Sungai Timun adalah sungai bersejarah yang menghubungkan laluan laut (antarabangsa) untuk ke Rembau/Melaka suatu ketika dahulu. Sungai ini akan mengalir ke muara Kuala Linggi dan bergabung dengan Sungai Linggi dari Negeri Sembilan.

Ia merupakan tempat pendaratan nelayan dan pengumpulan Ikan dan Udang. Kompleks ini merupakan sumber ekonomi kebanyakan penduduk di sini pada masa dahulu.


Jeti Utama




Bot2 kecil tidak keluar, ketika ini waktu lewat petang


Terdapat banyak pokok Bakau & Berembang di sekitar sungai ini.




Sungai Timun memang terkenal di kalangan kaki pancing yang suka memancing Ikan Air Tawar dan Udang. Terdapat kemudahan yang lengkap di sini seperti tandas, kedai makan, surau, taman permainan, pentas dan pejabat.

Selain memancing, antara aktiviti lain yang boleh dilakukan disini adalah memerhatikan kelip2 (atau kunang2) di waktu malam. Kewujudan kelip2 adalah disebabkan pokok Berembang yang terdapat di  sepanjang sungai. Pokok Berembang sesuai menjadi tempat pembiakan kelip2. Terdapat banyak pokok2 Bakau yang menambahkan keindahan panorama di sepanjang sungai ini.


Sekiranya anda berminat dengan aktiviti2 pelancongan, boleh menghubungi nombor di papan tanda.


Dewan Terbuka

Terdapat kolam dan taman permainan

Banyak restoran dan kemudahan terdapat di sini



Pentas Persembahan Tersedia


Mungkin ada di kalangan anda yang tidak pernah ke sini atau tidak mengetahui kewujudan kompleks ini, boleh la melawatnya. Lokasi kompleks ini adalah di daerah Rembau. Ia berdekatan dengan pekan Lubuk China (kira2 5 KM) dan tidak jauh dari pekan Linggi.

Comments

Popular Post

Air Terjun Sungai Pertak, Kuala Kubu Baharu, Selangor

Jeram Tengkek, batu Kikir, Kuala Pilah

Mendaki Gunung Kinabalu (Laban Rata ke Puncak) - Bahagian 3