|
Laluan masuk ke hutan lipur Bukit Tampin |
|
Tampin Water Park yang Baru dinaiktaraf |
|
Peta menunjukkan lokasi Taman2 perumahan untuk ke Bukit Tampin & Tampin Water Park |
Antara kawasan menarik untuk di lawati di
Tampin adalah Kolam Mandi Gunung Tampin dan hutan lipur Bukit Tampin yang terletak
berdekatan. Kedua2 lokasi ini yang terletak berdekatan dengan pekan Tampin (2
KM) dan perlu diakses dengan melalui kawasan perumahan terlebih dahulu. Anda
boleh melalui Taman Gunung Mas atau Taman bukit Tampin untuk pergi kedua2
lokasi ini.
Bukit Tampin terletak di dalam Hutan Lipur Bukit Tampin dimana anda boleh mendaki bukit ini melalui jalan tar dan laluan
denai. Apa yang menarik di bukit Tampin adalah terdapat air terjun kecil dan
trek mendakinya yang sesuai untuk beriadah. Mungkin air terjunnya terlalu kecil
untuk mandi tetapi kelihatan kerja2 maniktaraf kolam sedang dilakukan (Nov
2019).
Terdapat menara Telekom (TM) di atas bukit
ini dimana jika anda terus melalui jalan tar, boleh sampai ke manara tersebut.
Dahulu, di lokasi menara itu adalah puncak. Kini, puncak bukit Tampin terletak di lokasi yang lain di mana anda perlu memasuki
laluan denai dan mendaki untuk ke puncak bukit. Terdapat dua puncak bukit iaitu
bukit Tampin Utara dan Selatan. Aktiviti riadah Berjoging dan mendaki adalah paling kerap di lakukan di sini.
Adalah diketahui geografi Bukit Tampin
adalah penghujung banjaran Titiwangsa. Terdapat laluan yang menghubungkan Bukit
Tampin, Gunung Datuk dan Gua Batu Maloi. Para pendaki kerap menjadikan merentas
hutan dari Gunung Datuk ke Bukit Tampin sebagai aktviti mereka. Tiada kemudahan
khusus disediakan di hutan lipur ini selain daripada pondok rehat. Tetapi anda
boleh singgah di Kolam Mandi Tampin kerana terdapat kemudahan lengkap di sana.
Tampin Water Park atau dahulu Kolam Mandi Bukit Tampin.
Kolam Mandi bukit Tampin (nama lama) pernah
ditutup sekian lama sebelum dibuka semula pada tahun 2019. Ia dinamakan semula
sebagai Tampin Water Park dengan kemudahan yang telah dinaiktaraf dengan lebih
baik dan menarik. Kemudahan2 seperti kolam mandi, tandas, kedai makan, ruang
parking, surau, dewan dan pejabat telah ditambah baik dan menjadikan ia
destinasi sesuai untuk dilawati.
|
Kolam mandi yang telah dinaiktaraf. Lebih bersih dan cantik |
|
Terdapat tiga kolam utama di sini dan kolam paling besar sangat menarik |
Daya tarikan Tampin Water Park adalah
terdapat lebih 3 kolam besar untuk bermandi manda dan beriadah dengan aktviti
air yang menarik. Sangat sesuai untuk orang dewasa mahupun kanak2.
Sekiranya anda pernah berkunjung ke sini
lama dahulu atau belum pernah, adalah sesuai untuk anda berkunjng untuk melihat
suasana kolam yang lebih menarik dan terkini.
Harga bayaran masuk adalah seperti di bawah tetapi ketika lawatan,
bayaran masih belum dikenakan.
|
Kaunter tiket |
|
Terdapat sudut memanah di sini untuk peminat sukan memanah |
|
Tempat makan yang lebih bersih dan baru |
|
Dewan terbuka di sebelah kolam utama |
|
Tandas yang telah dinaiktaraf |
Comments
Post a Comment