Hutan Lipur Gua Batu Maloi, Tampin
Walaupun terletak lebih kurang 15KM dari pekan Tampin, hutan lipur ini sebenarnya terletak di kawasan Hutan Lipur Bukit Tampin. Bukit2 dan hutan telah memisahkannya dari pekan Tampin yang sebenarnya hanya bersebelahan. Hutan lipur ini juga berada di penghujung banjaran titiwangsa dimana ia terletak di antara Gunung Datuk dan Bukit Tampin. Terdapat laluan untuk mendaki ke Bukit Tampin dari sini. Jarak dari pekan Johol pula adalah 8 KM.
Daya tarikan utama adalah Gua menjadikan
hutan lipur ini sering menjadi tempat sekolah dan institut pengajian
menjalankan aktiviti kem motivasi. Gua ini dikatakan terjadi akibat susunan bongkah
batu2 yang besar dan panjang. Susunan ini membentuk struktur seperti terowong
sekitar jarak 1 KM. Sungai yang mengalir di bawah terowong gua ini mewujudkan
suasana lebih mencabar untuk diteroka.
Terdapat kemudahan2 yang lengkap di sini
iaitu Tapak Perkhemahan, Dewan Makan, Tandas, Surau, Pejabat, Pondok, Parking
Kenderaan, Dewan Terbuka dan Tempat Memasak. Kemudahan yang dilihat sesuai
untuk menjalankan kem motivasi. Aktiviti2 yang biasa dilakukan di sini adalah
Meneroka Gua batu Maloi, Mendaki bukit Tampin, berkhelah, merentas hutan dan
bergambar.
Namun begitu, hutan lipur ini tidak seperti
hutan lipur Gunung Angsi (Ulu bendul) & Gunung Datuk dimana anda boleh
terus walk-in untuk melaksanakan aktiviti. Sebarang aktiviti di sini seperti
meneroka gua dan mendaki bukit Tampin perlu ditempah lebih awal dan perlukan
jurupandu. Tiada kedai makan/minum dan tiada lawatan dapat dilakukan di hutan
lipur ini pada hari biasa. Jika di Ulu bendul misalnya, anda boleh datang
melawat dan melakukan banyak aktiviti lain selain daripada mendaki dan meneroka
hutan.
Panduan meneroka gua |
Comments
Post a Comment