Hutan Lipur Gua Batu Maloi, Tampin
Walaupun terletak lebih kurang 15KM dari pekan Tampin, hutan lipur ini sebenarnya terletak di kawasan Hutan Lipur Bukit Tampin. Bukit2 dan hutan telah memisahkannya dari pekan Tampin yang sebenarnya hanya bersebelahan. Hutan lipur ini juga berada di penghujung banjaran titiwangsa dimana ia terletak di antara Gunung Datuk dan Bukit Tampin. Terdapat laluan untuk mendaki ke B ukit Tampin dari sini. Jarak dari pekan Johol pula adalah 8 KM. Simpang masuk ke hutan lipur Daya tarikan utama adalah Gua menjadikan hutan lipur ini sering menjadi tempat sekolah dan institut pengajian menjalankan aktiviti kem motivasi. Gua ini dikatakan terjadi akibat susunan bongkah batu2 yang besar dan panjang. Susunan ini membentuk struktur seperti terowong sekitar jarak 1 KM. Sungai yang mengalir di bawah terowong gua ini mewujudkan suasana lebih mencabar untuk diteroka. Terdapat kemudahan2 yang lengkap di sini iaitu Tapak Perkhemahan, Dewan Makan, Tandas, Surau, Pejabat, Pondok...