Bukit Batu Sawa, Kg. Peradong, Kuala Klawang, Jelebu
Puncak Bukit Batu Sawa. Setinggi 333 M. Lokasi yang sesuai untuk bergam bar, ada banyak. Terletak di Kampung Peradong, Kuala Klawang, Jelebu. Bukit Batu Sawa terkenal dengan pemandangan cantik pada waktu pagi selepas matahari terbit iaitu antara pukul 6.30 hingga 8 pagi. Kabus atau lebih popular ‘awan karpet’ menyelubungi persekitaran sehingga ianya hilang sedikit demi sedikit pada jam 8 pagi. Pemandangan ‘awan karpet’ inilah yang menjadi tarikan utama pendaki pada waktu pagi. Terdapat dua laluan untuk mendaki bukit ini iaitu melalui Kampung Peradong dan Estet Felcra. Kebiasaannya pendaki akan menggunakan laluan Peradong yang lebih mudah. Laluan Estet Felcra memerlukan perjalanan yang agak jauh sekitar 3 ke 4 KM dan semestinya melalui ladang getah. Tiada kemudahan disediakan di sini kerana ianya masih baru dan bukanlah lokasi pelancongan yang didaftarkan di bawah pelancongan Negeri Sembilan. Jika anda mendaki melalui Kampung Peradong adalah lebih mudah. Pa...