Mendaki Gunung Angsi Dari Ulu Bendul, Kuala Pilah.



Laluan ikut Ulu Bendul lebih sukar dan mencabar


Jika anda mahu mendaki Gunung Angsi melalui Ulu Bendul, ianya memang menyeronokkan tetapi lebih sukar dan mencabar. Berbanding Bukit Putus yang trek hanya berkonsepkan situasi biasa, laluan Ulu Bendul melibatkan Sungai, tangga, batu dan pendakian lebih pacak. Jarak perjalanan juga lebih sekali ganda. Ada tiga pilihan untuk dilakukan iaitu:
1. Mula mendaki dari Bukit Putus ke puncak kemudian turun ikut Ulu Bendul. Tetapi anda harus parking kereta di Ulu Bendul dahulu dan kemudian ke Bukit Putus. Ini memerlukan dua kereta atau minta bantuan rakan. Kalau sanggup jalan kaki dari Ulu Bendul ke Bukit Putus, silakan. Ini kaedah paling popular.

Sanggup menapak? Silakan.
2. Mendaki dari Ulu Bendul hingga ke puncak dan kemudian turun ke Bukit Putus. Kaedah ini terbalik daripada yang pertama dan anda perlukan dua kereta yang pertama parking di Ulu Bendul dan satu lagi di Bukit Putus. Atau dengan cara lain minta bantuan rakan hantarkan anda atau hantar kereta. Kaedah ini kurang dilakukan.

3. Mendaki dari Ulu Bendul dan turun juga di Ulu Bendul. Jika mendaki dari Ulu Bendul, anda boleh memohon permit dari Pejabat Hutan di Ulu Bendul. Anda juga boleh memohon dari pejabat hutan Bukit Putus. Tetapi mendaki dari Ulu Bendul kadangkala dihalang oleh Rejer hutan jika cuaca hujan atau buruk kerana dikhutiri air sungai akan naik dan terlalu deras. Renjer hutan juga menggalakkan orang yang pertama kali mendaki agar membawa sesiapa yang pernah melalui laluan tersebut untuk keselamatan. Ini kerana pernah berlaku kes pendaki sesat dan hilang kerana laluannya sedikit panjang dan kurang pendaki yang menggunkan laluan ini. Laluan mendaki dan gambar-gambar adalah seperti di bawah:


Trek permulaan mendaki dari Ulu bendul perlu melepasi lokasi berkhelah ini.




Panduan Pendakian (Mendaki dari Ulu Bendul)
Jarak Perjalanan : Hampir 6 KM
Masa Pendakian : 3 jam hingga 5 jam. Bergantung kepada kemampuan individu.
Ketinggian Gunung Angsi : 825M


  • Mula mendaki melapasi Jambatan kecil merentas sungai. Tempat ramai orang berkhelah.
Keris ini adalah lambang trek permulaan mendaki

    Permulaan mendaki adalah berkonsepkan jungle trekking bersebelahan Sungai batang Terachi.
     

    • Check Point 1 : Pondok di Jeram Kak Lang. (20 minit)
    Pondok berdekatan dengan Jeram Kak Lang


    Melepasi Sistem Siren Kepala Air yang sudah lama tak berfungsi. Kali terakhir bernyala pada akhir 2016. Hanya wayar sahaja masih tersambung.






    • Check Point 2 : Kem Tangga Batu & Sungai (1 jam)

    Pondok di Kem Tangga batu untuk berehat.


    Melepasi sungai berdekatan Kem Tangga batu. Terdapat Jeram di sini.


    • Check Point 3 : Sungai terakhir (1 jam 20 minit)
    Ini adalah sungai terakhir sebelum pendakian sebenar bermula.
     
    Pendakian agak mencabar selepas sungai terakhir.




    • Check Point 4 : Bukit botak / Tangga / Lorong Tikus / tali (2 jam 30 minit)
    Anda akan menemui Tangga dan bukit botak. Terdapat juga tali di sini.


    Lorong tikus. Ada satu lagi laluan.


    Pendakian selepas bukit botak lebih pacak. Tetapi jarak sudah dekat.



    • Puncak (3 jam 15 minit)

    Jika mendaki dari Ulu Bendul anda akan tiba dari denai sebelah kiri.



    Kepuasan mendaki dari Ulu Bendul agak berbeza berbanding Bukit Putus


    Sekiranya anda menurun dari puncak, boleh terbalikkan proses pendakian di atas kepada menurun. Selamat Mendaki.
    Sebarang pertanyaan atau komen bolehlah tulis di bawah.

    Comments

    Popular Post

    Air Terjun Sungai Pertak, Kuala Kubu Baharu, Selangor

    Jeram Tengkek, batu Kikir, Kuala Pilah

    Mendaki Gunung Kinabalu (Laban Rata ke Puncak) - Bahagian 3