Pantai2 Peranginan di Port Dickson

Pantai2 peranginan di Port Dickson

Selain daripada Pantai Teluk Kemang yang sudah popular, Port Dickson juga mempunyai pantai2 lain yang sesuai untuk anda dikunjungi iaitu:


  1. Pantai Teluk Kemang
  2. Pantai Tanjung Biru
  3. Pantai Cermin (berdekatan dengan Pantai Tanjung biru)
  4. Pantai Cahaya Negeri
  5. Pantai Bagan Pinang
  6. Pantai Batu 4 (bersebelahan dengan no. 4 dan 5)
  7. Pantai Tanjung Gemuk (berdekatan dengan pekan Port Dickson)

Pada musim cuti persekolahan, semestinya pantai2 ini begitu ramai dengan pengunjung terutamanya di Teluk Kemang. Oleh itu, penenrangan ini sedikit sebanyak dapat membantu anda mencari pantai2 yang lain.



Pantai Cahaya Negeri





Pantai ini mempunyai daya tarikan tersendiri kerana terdapat jambatan laut yang menghubungkan ke pulau burung yang berdekatan dengan pantai. Ianya memberikan suasana yang lebih menarik untuk bersantai sambil bergambar. Pemandangan yang cantik, angin bertiup perlahan dan suasana yang tenang memberikan satu situasi yang sesuai untuk berehat.

Kemudahan yang terdapat di pantai ini adalah lengkap dan sangat sesuai untuk berkhelah dan mandi mandi kerana airnya bersih. Terdapat kemudahan2 seperti tandas, pondok rehat, taman permainan dan tempat berkhelah di tepi pantai. Ramai juga pengunjung mengadakan hari keluarga di sini.

Semakin ramai pengunjung datang ke sini mungkin kerana kesesakan yang berlaku di pantai Teluk Kemang.

banyak pondok2 rehat dan kawasan lapang




Jambatan merentasi laut yang menarik untuk bergambar


Jambatan menghubungkan ke Pulau burung




Lokasi yang sesuai untuk berkhelah dan picnic






Pantai PD Waterfront




Terletak berdekatan dengan bandar Port Dickson menghala ke Teluk Kemang, pantai kecil ini sesuai untuk bersantai dan melepak sambil melihat pemandangan yang indah. 









Pantai Tanjung Gemuk




Pantai kecil ini juga terletak berdekatan dengan bandar Port Dickson yang menghala ke Lukut di mana pantai ini lebih sesuai untuk aktiviti berkhelah dan bersantai. Tetapi tidak ramai yang mandi di pantai ini mungkin kerana keadaan airnya yang berbeza.

Terdapat Taman Permainan





Terdapat pengunjung yang memancing



Comments

Post a Comment

Popular Post

Air Terjun Sungai Pertak, Kuala Kubu Baharu, Selangor

Jeram Tengkek, batu Kikir, Kuala Pilah

Mendaki Gunung Kinabalu (Laban Rata ke Puncak) - Bahagian 3