Hutan Lipur Tanjung Tuan, Port Dickson



Jika anda melawat Port Dickson, jangan lepaskan peluang berkunjung ke Hutan Lipur Tanjung Tuan yang terletak di Batu 10, Blue Lagoon. Terletak antara pekan Teluk Kemang dan Pasir Panjang, Tanjung Tuan sebenarnya adalah sebahagian daripada Melaka dan ia terletak berdekatan dengan Pantai Peranginan Blue Lagon (Tanjung Biru). Jarak dari Pekan Port Dickson sekitar 25KM dan 60KM dari bandar Seremban.


Hutan Lipur Tanjung Tuan & Rumah Api Cape Rachado

Pintu masuk hutan lipur ini bersebelahan dengan Ilham Resort. Anda boleh menjadikan Ilham Resort sebagai carian di Waze jika mahu ke sini. Hutan lipur ini dibuka setiap hari pada waktu siang dan bayaran masuk dikenakan RM 1. Sila parking kendaraan berdekatan dengan pintu masuk hutan lipur.


Pintu masuk Hutan Lipur. Bayaran masuk RM 1 dikenakan di kaunter.


Ilham Resort yang terletak bersebelahan hutan lipur. Menarik untuk menginap di sini.

Jalan tar menuju ke Rumah Api Cape Rachado. Jarak dari pintu masuk sekitar 1 KM.


Selain daripada keindahan flora dan fauna, apa yang menarik di hutan lipur ini adalah terdapat rumah api di puncak dan Bukit Batu Putih. Aktiviti yang dapat anda lakukan di hutan lipur ini adalah mendaki Bukit Batu Putih, melawat rumah api, merentas hutan, melawat pantai dan semestinya bergambar. 


Ada banyak laluan denai untuk turun ke pantai dan bukit batu Putih

Ramai penduduk berdekatan menjadikan hutan lipur ini sebagai tempat beriadah


Simpang sebelah kiri adalah merentas hutan ke pantai sejauh 2 KM. Boleh cuba jika ada masa lebih



Rumah Api Cape Rachado adalah rumah api bersejarah yang dibina pada 1528 oleh orang-orang Portugis selepas menjajah Melaka. Kemudian ia dipindah milik kepada Belanda, British dan Malaya sehingga sekarang. Bukit Batu Putih pula terletak kira-kira 300 meter dari rumah api dan anda perlu merentas hutan untuk memanjat bukit ini. Pemandangan di bukit ini sangat indah kerana betul-betul berada di tepi laut.  

Simpang kanan menuju ke bukit batu putih. Pergi ke rumah api dahulu.

Sampai ke rumah api Cape Rachado. Panjat tangga untuk ke atas tetapi tak boleh masuk rumah api.

Anda tidak boleh memasuki rumah api ini tanpa kebenaran. Sekiranya ingin membuat lawatan, anda perlu memohon daripada Pejabat Hutan atau Jabatan Laut dahulu. Terdapat laluan denai bersebelahan rumah api ini. Sekiranya rajin dan berpakaian sukan, anda boleh mencuba laluan untuk ke pantai.

Pandangan rumah api dari bawah

Pemandangan laut dari belakang rumah api.

Terdapat laluan denai bersebelahan rumah api. Laluan ini untuk ke pantai yang jaraknya sekitar 1 KM.


Merentas Hutan & Hidupan Liar

Selain daripada mendaki Bukit Batu Putih, anda juga boleh melalui denai merentas hutan untuk ke pantai sebelah kiri (pantai sebelah kanan akan menghadap Tanjung Biru & Bukit Batu Putih). Terdapat dua pantai di hutan lipur ini. Selain daripada itu, hutan lipur ini juga merupakan tempat penghijrahan burung yang penting dan mempunyai sejarah tersendiri.


Laluan ke denai merentas hutan. Tak ramai yang masuk ke sini.

Tempat migrasi burung pemangsa yang penting. Hanya yang minat akan
baca semua ni.



Bukit Batu Putih.

Daya tarikan utama hutan lipur ini adalah Bukit Batu Putih yang terletak bersebelahan dengan pantai. Mempunyai pemandangan yang menarik, santai dan sesuai untuk bergambar.Pendakian ke bukit ini tidak sukar dan boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja.


Laluan ke bukit batu putih. Anda akan merentas hutan sekitar 400 meter sahaja.





Pemandangan laut dari puncak bukit. Rugi jika anda tidak melawat ke sini.



Pantai Tanjung Biru (Blue Lagoon)

Berdekatan dengan hutan lipur ini adalah pantai Blue Lagoon (atau Tanjung Biru). Di pantai ini anda boleh melakukan aktiviti air seperti mandi manda, berkayak, menaiki bot, snowkerling dan berkhelah. Kemudahan2 seperti tandas, gerai dan bilik mandi disediakan berdekatan dengan pantai. Ramai pengunjung keluarga datang pada hujung minggu atau cuti sekolah.









Terdapat gerai makan berdekatan tetapi tahap kebersihan agak kurang memuaskan



Terdapat hotel/resort berdekatan iaitu Ilham Resort yang merupakan tempat menarik untuk menginap tetapi bayaran adalah sedikit mahal berbanding hotel bajet. Terdapat juga rumah-rumah penginapan yang boleh ditempah di sekitar pantai ini.





(C) Copyright 2019. NSTOS.

Comments

Popular Post

Air Terjun Sungai Pertak, Kuala Kubu Baharu, Selangor

Jeram Tengkek, batu Kikir, Kuala Pilah

Mendaki Gunung Kinabalu (Laban Rata ke Puncak) - Bahagian 3