Kampung JKin Resort, Bukit Putus, Seremban


Kain Rentang & Banner JKin Resort di tepi Jalan Bukit Putus


Pintu Masuk JKin Resort & Cafe



Kampung JKin Resort adalah resort berkonsepkan alam semulajadi yang terletak berdekatan dengan hutan simpan Angsi. Terletak di tepi jalan Bukit Putus, jaraknya dari Bandar Seremban sekitar 12KM. Resort berbukit-bukit ini mengandungi banyak chalet dan pondok penginapan yang dibina menggunakan konsep tradisional.

Resort ini sudah terkenal di kalangan penduduk Seremban dan menjadi tempat mereka melakukan aktiviti seperti Flying Fox, ATV Ride dan bersantai. Banyak sekolah2 dan syarikat2 menjadikan resort ini sebagai tempat menjalankan aktiviti Team Building dan Kem Motivasi. Tetapi resort ini kurang dikunjungi oleh pelancong asing kerana mungkin kemudahan yang disediakan lebih menjurus kepada pelacong tempatan. Makanan yang disedikan adalah makanan tradisional Malaysia dan bukan makanan barat. Mungkin pada masa akan datang akan ada lebih banyak kemudahan.



Cafe dapur.


Minuman kegemaran ramai ada di sini


Cafe Dapur Perempuan Cantik yang terdapat pentas persembahan di sini



Untuk masuk ke dalam Resort biasanya akan menaiki 4x4 kerana agak jauh ke dalam. Keseronokan di resort ini sesuai dinikmati kerana keindahan alam yang terdapat di sini. Aktiviti2 yang boleh dilakukan disini secara berkumpulan adalah:
-ATV Ride.
-Flying Fox.
-Merentas hutan
-Menginap di dalam resort hutan.
-Bergambar
-Makan2 di gerai atau minum2
-Mendaki gunung Angsi yang terletak berdekatan.






 Vespa yang merupakan daya tarikan baru untuk bergambar





Kemudahan tandas yang bercirikan tradisional


Kemudahan Surau bercirikan tradisional






Terdapat kandang kambing disini rupanya



Permulaan untuk melakukan aktiviti Flying Fox


Pakej2 Yang Ditawarkan

Pakej2 yang ditawarkan di sini sangat berbaloi dengan harga. Anda boleh scroll di bawah untuk melihat pakej2 yang ditawarkan tetapi maklumat terkini boleh dirujuk di laman Facebook dan Instagram mereka. Selain daripada aktiviti yang dinyatakan di atas, pakej Kem Motivasi & Team Building adalah yang paling kerap diadakan di Resort ini. Sekiranya anda mempunyai kelapangan boleh lah melawat Resort ini untuk minum2 dan bergambar.








Khemah ATV



Reban Ayam



Suasana jalan tanah di dalam Resort yang luas.





















Comments

Popular Post

Air Terjun Sungai Pertak, Kuala Kubu Baharu, Selangor

Jeram Tengkek, batu Kikir, Kuala Pilah

Restoran Tanah Aina Fareena Cafe, Lebuhraya Karak, Bentong, Pahang