Muzium Rembau (Istana Raja Melewar), Astana Raja, Rembau
Istana Raja Melewar dikenali juga sebagai Muzium Rembau |
Terletak di Astana Raja yang merupakan kawasan terawal
penghijrahan Raja di Negeri Sembilan. Terdapat galeri yang menceritakan tentang adat dan budaya
orang2 Negeri Sembilan seharian, penerangan tentang Adat Perpatih dan sejarah kedatangan Raja Melawar.
Mungkin Muzium ini kurang pengunjung kerana terletak di
kawasan pedalaman iaitu sekitar 15KM dari pekan Rembau dan 35KM dari Bandar
Seremban.
Walaupun muzium ini kecil tetapi ianya menarik untuk
dilawati kerana menerangkan tentang sejarah awal kedatangan Raja2 di Negeri Sembilan dan budaya
masyarakat dengan lebih terperinci.
Muzium ini dibuka pada setiap hari kecuali Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha. Dari jam 9 pagi hingga 5 petang. Kemudahan2 asas terdapat di muzium ini seperti tandas dan surau.
Muzium ini dibuka pada setiap hari kecuali Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha. Dari jam 9 pagi hingga 5 petang. Kemudahan2 asas terdapat di muzium ini seperti tandas dan surau.
Galeri dan koleksi Dato Luak Undang Rembau (YTM Dato' Haji Muhammad Sharif Bin Haji Othman). |
Permainan Tradisional Rakyat dan lain2. |
Sudut Pelamin yang digunakan oleh masyarakat Rembau khususnya. |
Koleksi artifak dan barang2 tradisional. |
Sudut pameran dan bahan bacaan. |
Comments
Post a Comment