Pantai Peranginan Teluk Kemang, Port Dickson




Antara Pantai yang paling popular dan ramai pengunjung di Port Dickson sejak dahulu adalah Pantai Teluk Kemang. Hampir segala kemudahan ada di pantai ini menyebabkan ia sangat popular dan seringkali dikunjungi oleh ramai orang tdiak kira dari Negeri Sembilan, Kuala Lumpur atau negeri lain yang jauh. 


Kebersihan pantai masih lagi dipelihara.


Aktiviti2 yang boleh dilakukan di pantai ini kebiasaannya adalah aktiviti air seperti:
  • Mandi manda air laut, 
  • bermain pasir pantai, 
  • menaiki bot dan berkayak,
  • berkhelah dan memasak. 
  • berjoging
  • bergambar
  • Cuci mata dan bersiar2



Menaiki Bot, menuggang Jet Ski dan berkayak antara aktiviti popular




Bermandi manda dan bersantai di tepi pantai

 




Kedai cenderahati dan pakaian ada di sekitar

Kemudahan2 seperti kedai makan, tandas, surau, pejabat dan sebagainya terdapat berdekatan. Sekiranya anda tidak pernah atau sudah lama tidak berkunjung ke pantai ini, boleh la meluangkan masa untuk berkunjung. Tetapi pada hujung minggu dan musim cuti sekolah, pengunjung adalah sangat ramai.

Comments

Popular Post

Air Terjun Sungai Pertak, Kuala Kubu Baharu, Selangor

Jeram Tengkek, batu Kikir, Kuala Pilah

Mendaki Gunung Kinabalu (Laban Rata ke Puncak) - Bahagian 3