Air Terjun Jeram Toi (Hutan Lipur), Jelebu


Pintu masuk klasik
 

Hutan Lipur Jeram Toi terletak di dearah Jelebu, Negeri Sembilan. Jarak dari pekan Jelebu adalah 15Km dan 25KM dari Bandar Seremban. Kedudukannya di kawasan berbukit dalam hutan simpan Berembun. Apa yang menarik di hutan lipur ini adalah air terjunnya yang bertingkat-tingkat iaitu tujuh tingkat. Disebabkan lokasi hutan lipur ini di kawasan pedalaman, bilangan pengunjung tidak begitu ramai.


Kemudahan pejabat, tandas & surau.

Aktiviti yang boleh dilakukan adalah bermandi manda, berkhelah, masak2, menaik/melawat hutan dan bergambar. Masuk adalah percuma dan waktu beriadah pada waktu siang sahaja. Tetapi Gunung telapak Buruk yang menjadi puncak utama berdekatan tidak boleh didaki melalui hutan lipur ini.


banyak lokasi untuk berkhelah






Kolam besar ini menjadi tarikan utama pengunjung untuk mandi

Air terjun utama yang bertingkat2
 
Kemudahan2 yang terdapat di hutan lipur ini adalah tandas, gerai2 makan di tepi jalan, surau, tapak perkhemahan dan pejabat. Sekiranya anda tidak pernah datang ke sini, boleh lah berkunjung kerana air terjun bertingkatnya sangat menarik. Anda juga boleh beriadah di hutan lipur ini dengan memanjat tangga yang tinggi menaiki bukit dan melihat air terjun yang bertingat2 itu.


Tangga untuk naik ke atas bukit. 10 minit untuk ke atas.

 
Pandangan ke bawah di atas bukit

 

Comments

Popular Post

Air Terjun Sungai Pertak, Kuala Kubu Baharu, Selangor

Jeram Tengkek, batu Kikir, Kuala Pilah

Mendaki Gunung Kinabalu (Laban Rata ke Puncak) - Bahagian 3