Muzium Tentera Darat, Port Dickson


Untuk ke sini, anda perlu melalui lebuhraya Seremban Port Dickson sehingga menemui simpang empat yang mempunyai lampu isyarat. Ambil kanan dan pandu sejauh 5KM untuk sampai ke bangunan Muzium Tentera Darat.

Terletak 15 KM dari pekan Port Dickson dan 50 KM dari bandar Seremban. Muzium Tentera Darat adalah muzium paling besar yang terdapat di Negeri Sembilan setakat ini. Terletak di sekitar Kem Tentera Darat, muzium ini memberi penerangan tentang sejarah dari Zaman Kesultanan Melayu Melaka, Zaman Penjajahan Portugis, Belanda dan British sehinggalah ke era kemerdekaan. Selain itu, penerangan tentang Tentera Darat dan sejerah penubuhan turut diberikan. Muzium ini dibuka setiap hari kecuali hari Isnin dan bayaran masuk adalah percuma.



Muzium ini terbahagi kepada dua bangunan dan disekitar muzium terdapat pameran2 yang menarik. Terdapat kereta api, kereta2 kebal lama dan peralatan senjata besar yang digunakan zaman dahulu.
Apa yang menarik di muzium ini adalah terdapat terowong yang menggambarkan situasi di zaman ancaman komunis yang berlaku selepas dan sebelum kemerdekaan.



Pemandangan Di Luar Muzium













Pintu Masuk ke Muzium.


Pameran Zaman Kesultanan Melayu Melaka, Penjajahan Portugis dan Belanda.


Bermula dengan zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka yang terkenal sebagai sebuah pusat perdagangan yang penting di Asia Tenggara. Melaka juga mempunyai sistem pentadbiran dan pemerintahan yang sangat teratur dan tersusun. Kedudukan Melaka yang stratergik dan hasil kekayaannya menyebabkan penjajah Portugis berminat untuk berdagang dan kemudiannya membawa kepada penaklukan Melaka pada tahun 1511. Ini diikuti oleh penaklukan Belanda dan British pada tahun 1824.
 


Gambaran Kapal Dagang di zaman Melayu Melaka




Panorama kehidupan harian masyarakat pada zaman tersebut


Gambaran A'Famosa Melaka




Senjata & Meriam Belanda



Era Penjajahan British


Walaupun Melaka pernah dijajah Portugis dan Belanda, penjajahan British memberikan kesan yang lebih penting dalam penubuhan Malaya dan Malaysia. British berperanan penting dalam mewujudkan sistem ekonomi dan pentadbiran moden di Malaya. British juga telah mewujudkan penyatuan negeri-negeri Melayu Bersekutu, Tidak Bersekutu dan Negeri2 Selat.  Terdapat penentangan oleh penduduk tempatan ketika zaman British sehinggalah Jepun datang menakluk Malaya dan mengwujudkan situasi baru.
 




Pakaian seragam Tentera dan Pentadbir British

Penentangan penduduk tempatan terhadap British


Perjanjian Pangkor






Era Pra Kemerdekaan (Zaman Penjajahan Jepun & Komunis).


Kedatangan Jepun menjajah Malaya walaupun singat tetapi telah memberikan kesan yang mendalam terhadap kehidupan di Tanah Melayu. Jepun telah mewujudkan semangat nasionalisma di kalangan penduduk Tanah Melayu walaupun turut mendatangkan kehidupan yang sukar. Pengaruh komunis telah wujud tetapi ditentang oleh Jepun sehinggalah Jepun menyerah kalah selepas Perang Dunia Kedua.



















Era Kemerdekaan, Ancaman Komunis Dan Darurat

Selepas Jepun berundur, Tanah Melayu diancam oleh pengganas komunis yang ingin menguasai pentadbiran dan mewujudkan huru raya. Kedatangan semula British untuk membina Tanah Melayu agak terganggu oleh ancaman ini. Ini menyebabkan British terpaksa mengambil langkah2 tertentu untuk mengawal keadaan. Dalam pada itu, semangat nasoinalisma di kalangan orang tempatan yang semakin memuncak menyebabkan British terpaksa akur dan perlu memberikan Malaya kepada kemerdekaan.


Selepas merdeka, ancaman komunis masih lagi wujud dan membimbangkan. Pihak polis dan tentera telah mengambil langkah penentangan yang stratergik dalam mengekang kemunculan semula pengganas komunis.
 









Gambaran situasi di hutan ketika tentera bertemput menentang pengganas komunis



Penerangan tentang rundingan baling.




Era Penubuhan Askar Wataniah 


Galeri ini menceritakan tentang penubuhan Askar Wataniah pada peringkat awal ketika di zaman penjajah British dahulu. Penubuhannya sebelum kedatangan Tentera Jepun lagi. Terdapat banyak galeri2 yang memberi penerangan tentang sejarah Askar Wataniah dan sumbangan kepada masyarakat.















Tentera Darat Zaman Kini.


Selepas lebih 70 tahun, Tentera Darat telah mengalami banyak perubahan dan menjadi lebih besar dan moden. Pemeran ini memberi maklumat lanjut tentang rejimen2 yang terdapat dalam tentera darat, senjata, pakaian (uniform) yang digunakan, pengalaman2 berharga dan kerjaya tentera itu sendiri.





Galeri2 Rejimen dalam Tentera Darat

Galeri2 Rejimen dalam Tentera Darat


Senjata dan peralatan tempur

Pameran Kerjaya

Gambar Helikopter Nuri dalam satu operasi khas

Menceritakan pengalaman2 berharga bekas tentera




Melalui Terowong Parti Komunis Malaya.


Ancaman pengganas komunis merupakan suatu kesukaran dan cabaran yang dihadapi oleh pasukan keselamatan (khususnya Tentera Darat) dan rakyat selepas dan sebelum merdeka. Terowong ini menggambarkan bagaimana pengganas komunis hidup di hutan-hutan ketika zaman kewujudan mereka. Ini termasuk akitviti-aktiviti ketenteraan dan taktikal komunis.
 


Peta terowong tetapi terdapat segmen yang ditutup.

Laluan masuk ke terowong


Koleksi senjata2 lama yang pernah digunakan




Gambaran pihak komunis sedang bermesyuarat

Pembedahan yang sedang dilakukan







Pintu Keluar menuju ke Taman



Anda mungkin memerlukan masa untuk melawat muzium ini kerana saiznya yang besar dan banyak maklumat yang boleh diperolehi. Kemudahan2 yang terdapat di muzium ini adalah seperti tandas, surau, kedai makan dan pejabat. 
Selamat melawat dan bergambar.



(C) Copyright 2019. NSTOS. 

Comments

Popular Post

Air Terjun Sungai Pertak, Kuala Kubu Baharu, Selangor

Jeram Tengkek, batu Kikir, Kuala Pilah

Restoran Tanah Aina Fareena Cafe, Lebuhraya Karak, Bentong, Pahang